DAMBAKAN SYURGA ILAHI
"jadilah kunang-kunang yang menerangi malam, walau dengan cahaya yang kecil,tetapi masih mampu menerangi kegelapan..bukan seperti kelkatu yang sepanjang hidupnya hanya mampu bergantung kepada cahaya lampu"
Saturday, 29 August 2015
Rindu
Rindu.
Tahun bergantian. Terdapat banyak sangat perbezaan kanak-kanak dulu dan sekarang. Aku mengatakan dari sudut pandang seseorang yang pernah melewati zaman hingusan di kampung. Aku bersyukur kerana ditakdirkan oleh Allah dibesarkan di kampung walaupun pernah setahun menjalani kehidupan di luar negeri.
Benar.
Aku amat merindui zaman kanak-kanakku. Walau ianya nampak agak nakal disisi orang dewasa. Normal. Itulah hakikatnya.
Dikampung aku dapat mengenal hidup bersosial. Bersosial kearah merapatkan ikatan persaudaraan. Tidak kiralah samaada persaudaraan anak beranak atau persaudaraan seagama.
Dikampungku yakni di depan rumah nenekku mempunyai sawah dan parit. Disitulah tempat kami bermain. Berlainan jantina tidak kami hiraukan kerna ketika itu masih hingusan, tidak kenal apa itu erti batasan pergaulan apatah lagi erti percintaan. Hidupku lebih tertumpu kepada sepupu-sepupu disebabkan kerana rumah-rumah kami berdekatan. Cukuplah hanya dengan sepupu-sepupu bagi menubuhkan satu 'team' untuk bermain.
Aktiviti parit yang selalu kami luangkan ialah menangkap ikan. Penapis-penapis buruk di sekitar rumah nenek kami selongkar. Kami redah sahaja untuk dijadikan alat tangkapan. Dicarinya cacing atau belalang sebagai umpan untuk ikan todak, ikan puyu, ikan haruan dan bermacam lagi. Dari yang kecil sehinggalaah yang besar. Mendapat tangkapan seolah memberi satu kemenangan pada kami yang harus dibanggakan. Ianya lagi menyeronokkan bilamana musim kemarau, dikala air parit sedikit surut.
Dikalanya kami melepak di pangkin bertentangan dengan parit di bawah rimbunan pohon manggis. Disaat petang yang tenang berselingan dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, kami berkongsi cerita sambil menjamu buah-buahan sebagai pelengkap. Dicicah dengan rojak yang dibuat sendiri. Alangkah bahagianya saat ini.
Tidak lupa juga dengan pak cik yang selalu menjual ais krim dengan motor tunggangannya. Pilih saja mahu beli yang mana, samaada roti atau kon? Semuanya ada. Itulah yang selalu menjadi keseronokkan pada kami kanak-kanak. Mulalah menanam tebu dibibir mulut dihadapan ayah dan ibu. Motifnya supaya diberikan sedikit wang untuk dilepaskan gian yang kian berasak.
Dihujung minggu, aku pernah menolong nenekku menjual siput. Ditolaknya bersama kereta sorong yang diisi dengan beberapa plastik siput yang ditimbang berat yang sekata. Dijaja mengelilingi kampung. Gembira melihat bilamana ada yang membeli. Sehingga jualan langsung habis. Penat lelah menjaja itu hilang dengan sendirinya. Itulah satu kepuasan bagi seorang penjual. Alhamdulillah.
Disaat matahari mula menghilang. ramai jiran-jiranku, sepupu-sepupu berkumpul dirumah nenek bagi menghadiri kelas mengaji yang diajar sendiri oleh nenekku. Ada yang masih membaca muqaddam, ada yang sudah beralih kepada Al-quran. Masing-masing berlumba untuk cepat beralih bacaan. Indahnya. Tapi ada juga kadang-kadang cuba untuk mengelat dek kerana desakan nafsu untuk bermain.
Begitulah pusingan hidup aku sebagai kanak-kanak yang tinggal dikampung dikala dulu. Semakin hari semakin pudar keseronokkan itu. Semakin hari semakin luntur kehidupan itu dek kerana masa yang membawanya pergi. Dek kerana hidup beralih kedunia moden. Rencah sudah berbeza. Mungkin masih ada kehidupan itu, tapi ianya sudah tidak sama. Zaman kini kanak-kanak tidak kenal bakat menangkap ikan, tidak mengetahui hidup bergaul. Diajar dengan teknologi yang tidak hanya menutup pintu bersosial zahiriah malah membentengi mereka hidup diatas kaki sendiri. Aku tidak memukul rata, tapi begitulah realiti.
Sungguh. Aku benar-benar merindui zaman itu. Tapi mana mungkin masa mudaku dikembalikan. Pepatah arab ada menyebut
'ليت الشباب يعود يوما
Wednesday, 29 April 2015
Nusrah ALLAH terhadap hambaNYA
“Dini, akak kena pergi awal ke kampus.”
Sepi.
“Dini, dengar tak?”
Sepi lagi.
“Dini!” kakakku memanggilku dengan nada agak tinggi.
“Ya.. dini dengar lah kak..” sambil jari swipe skrin fon yang yang tidak bernyala.
Sepi aku sebenarnya bukan menunjukkan aku tidak rela
pemergian kakakku ke kampus. Tapi, sepi aku menandakan aku sedih sebab aku juga
terpaksa ikut balik awal ke kampus kerana kami berada dibawah satu naungan
kampus yang sama. Itulah perkara paling yang aku tidak suka jika sekiranya adik-beradik
berada dibawah institusi pengajian yang sama.
Takdir. Siapa kita untuk menghalangnya.
Kakakku terpaksa balik awal ke kampus kerana ada projek
kumpulan yang perlu disiapkan. Sedang aku? Jujur aku tidak bersedia lagi untuk
balik awal ke kampus memikirkan banyak benda yang aku kena buat jika berada di kampus, sehingga
perkara-perkara tersebut membuatkan aku rasa down dan hendak berehat
lebih lama dirumah. Aku tidak mahu serabutkan fikiran aku.
Di kampus..
Tugas aku kembali sibuk. Sedang kawan-kawan masih dirumah, Aku
pula ditugaskan untuk memegang taklifan salah satu program dakwah anjuran Wira Consultant. Satu taklifan yang agak berat
dan memerlukan pengorbanan dari sudut tenaga dan juga masa. Tidak normal hidup
jika tidak ada rasa tekanan apabila bergerak kerja. Cuma atas diri sendiri
macam mana hendak mengatasinya dengan akal fikiran yang waras. Tidak hairan
jika ramai orang diluar sana yang tidak berpegang kepada keimanan sebenar akan
bertindak diluar kewarasan akal.
Tiba-tiba aku teringat akan sejarah seorang tokoh artistik
barat yang berasal dari Amerika bernama Kurt Donald Cobain dengan pengakhiran
hidupnya dengan bunuh diri. Antara salah
satu faktornya adalah kerana tertekan disebabkan karyanya banyak di
salahtafsirkan oleh umum dan sentiasa menjadi subject tarikan media. Sekiranya
aku ini tidak berpegang pada asas agama iaitu akidah islam, boleh jadi aku juga
akan mengambil tindakan yang sama seperti Cobain. Nauzubillah.
“Alhamdulillah...” aku melafazkan tahmid sebagai tanda
syukur kerana aku mendapat nikmat iman dan islam. Itulah sebenarnya nikmat
besar yang sepatutnya umat islam harus syukuri. Dengan adanya iman, perjalanan
hidup kita lebih bermakna.
Perkara yang membuatkan aku tertekan juga sebenarnya adalah
kerana aku juga memegang jawatan penting
dalam persatuan anak negeri di kampus. Dalam masa terdekat kami perlu run
program tahunan. Memerlukan komitmen yang besar disitu. Allah.. tuhan sahaja
yang tahu perasaan aku ketika itu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sehari sebelum kuliah bermula.
“Dini, esok ada pop kuiz kan? “ mesej whatsapp dari sahabat
aku asma’.
“Haa.. are you serious?” aku membalasnya.
Aku terkejut ada pop kuiz esoknya. Aku memang tak ulangkaji
apa-apa pun. Tekanan aku sedikit meningkat. Mana tidaknya, pop kuiz tu pukul
8.00 pagi. Sekarang aku berada ditempat program lagi.Allahu..
Aku mengharapkan asma’ balas balik mesej aku supaya aku dapat
minta dia hantarkan nota kepadaku. Sekurangnya aku ada sedikit input. Tapi
harapan aku meleset. Mesej kekal dengan satu tick sahaja, membawa maksud
mesej itu tak diterima pun oleh asma’.
Tidak hairan kalau hanya satu tick sahaja, sebab mesej yang
dihantar oleh asma’ jam 5.13pm. sedangkan aku membaca dan membalasnya jam
1.58am. ofcourse she already
sleep on that time. Pasrah
Bukan sengaja tak nak online whatsapp tapi disebabkan
kekangan urusan yang perlu diselesaikan itulah membuatkan aku terpaksa online
lewat malam bagi memeriksa mesej-mesej yang masuk.
Aku sedih. Aku membayangkan markah pop kuiz aku esoknya.
“Mesti banyak yang kosong ni..” aku bermonolog sendirian. Hah,
satu sikap negatif aku yang sudah lama berlumut dalam diri. Pessimist
Aku terlelap begitu sahaja dek kerana penat yang melampau.
________________________________________________________________________________
Keesokannya..
Dalam dewan kuliah.
“waa...macam mana ni., tak revise pun subjek ni.. nak jawab
macam mana?”
“haih, tak boleh jadi ni, I need to do something” aku
bermonolog .
Aku gunakan masa keterlambatan lecturer 30minit masuk dewan itu untuk aku ulangkaji sedikit
sebanyak yang termampu. Rezeki namanya tu.
Tapi dalam hati aku, aku masih mengharapkan agar pop kuiz
itu tidak dilangsungkan hari ini.
Lecturer masuk. Berkecai harapan. Tanpa membuang masa lagi
lecturer terus edarkan kertas.
Tengok soalan. Allah! Langsung tak masuk apa yang aku
ulangkaji tadi. Sedikit terkilan.
Aku apa lagi. Redha, pasrah dan tawakkal sahaja yang mampu. Guna
pemahaman yang ada selama ini sahaja.
Tidak kisah lah dapat berapa pun, yang penting aku dah
usaha. Chill
Tiga soalan aku biarkan tidak terjawab. Memang aku tidak
tahu jawapannya. Yang lain aku agak-agak sahaja. Betul atau tidak aku serah
kepadaNya.
Seperti biasa, selepas selesai menjawab kami diminta untuk
memeriksa kertas jawapan kawan-kawan yang lain. Satu persatu kami tanda kertas
jawapan. Sambil memeriksa, aku cuba bandingkan jawapan aku tulis tadi dan didapati
jawapan yang aku tulis tu banyak yang betul. Aku ibarat tidak percaya.
“Dini, jangan perasan sangat kau banyak betul, syok sendiri
je tu” aku berkata dalam hati. Again. Pessimist perception. Huh
Then, tiba masa lecturer menanyakan markah-markah yang
student dapat. lecturer bertanya sesiapa yang mendapat highest mark in our
hall. And one of us raise her hand. She was mentioned my matric number. I am
very shocked. I am the only one.! Unbelievable.
Hanya ucapan Alhamdulillah yang aku mampu ucap disaat itu. Aku
terpinga. Manakah mungkin dalam lecture hall yang besar tu hanya aku yang
dipilih oleh ALLAH untuk mendapat nikmat ini? Sedangkan persediaan aku hanya
lah sedikit berbanding daripada sahabat-sahabat lain yang majoritinya tidak
terikat dengan mana-mana komitmen.
KehendakNya. Siapa aku untuk mempersoalkannya?.
Dari situasi itu aku mula mengerti bahawa memang benarlah
janji Allah dalam surah Muhammad ayat 47 yang berfirman “ Wahai orang-orang
yang beriman, jika kamu menolong agama ALLAH , nescaya ALLAH akan menolong kamu
dan menegakkan pendirian kamu”
Jadi, tidak perlu ditakutkan lagi jika diri terbeban dengan
tanggungjawab dakwah, ALLAH pasti akan mudahkan setiap urusan kita serta
menolong kita mengikut keperluan. Kita hanya perlu yakin sahaja dengan
janji-janjiNYA. Terima kasih ya ALLAH!
Thursday, 11 December 2014
KELEMBUTAN BUKAN KEKERASAN
Bila disebut tentang kelembutan, tidak dapat tidak terpancar dalam benak fikiran segelintir masyarakat hari ini berkenaan dengan kelembutan wanita. Ya, kelembutan selalu disinonimkan dengan wanita. Kenapa? Mustahilkah sifat kelembutan ini dinukilkan kepada insan maskulin? Haruskah ianya disifatkan kepada insan feminin semata?
Tidak. Sudah semestinya tidak. Jangan sempitkan skop kelembutan. Dan jangan pula disalah ertikan definisi kelembutan itu sendiri. Memandangkan sekarang ini hangat dengan isu ‘transgender’,bukan bermakna kelembutan yang ingin disampaikan disini berkenaan dengan kelembutan sifat fizikal sehingga merubah fitrah asal. Tidak sama sekali.
Tertarik akan satu frasa yang dijadikan tema sebuah drama Warkah Cinta Berbau Syurga yang berbunyi ‘selama-lamanya kelembutan tidak akan pernah tewas dengan kekerasan’ . Watak kelembutan seorang lelaki yang bernama Amir Mukhlis mampu meluluhkan hati seorang wanita bernama Wardah sebagai pembawakkan wanita yang bersifat kasar. Malah, mampu juga menyedarkan sahabatnya yang cuba mengkhianati beliau. Begitu besarnya kuasa kelembutan.
Dan berbalik pada frasa tadi, sebenarnya itu adalah rangkuman dari akhlak Rasulullah dan turut diterjemahkan oleh sesiapa yang menjadikan sifat itu kedalam diri. Dan antara contoh sahabat terdekat baginda ialah Saidina Abu Bakar As-siddiq. Sifat kelembutan yang dizahirkan oleh As-siddiq mampu menarik beberapa orang kembali kepada fitrah dan sehinggakan dapat menjadikan individu-individu tersebut sebagai figura-figura hebat Islam seperti Saidina Uthman, Saad b. Abi Waqas, Ubaidillah dan Talhah.
Turut dinyatakan tentang kelebihan memiliki sifat lembut melalui sabda Rasulullah kepada Saidatina Aisyah ‘Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah Maha Lembut dan suka pada kelembutan. Allah memberi kepada kelembutan apa yang Dia tidak memberi kepda kekerasan dan apa yang tidak diberikan kepada yang lainnya’ (HR Muslim)
Ulama menjelaskan juga maknanya dengan kelembutan seseorang akan meraih berbagai tujuan dan mudah mencapai apa yang diharapkan (syarah Muslim)
Tidak lengkap sekiranya tidak disertakan contoh peribadi insan teragung dalam mendefinisikan istilah kelembutan. Didalam buku Syamail Muhammadiyah (Imam Tirmizi), hadis yang ke-337 ada disertakan bahawa Hasan bin Ali berkata “Aku bertanya kepada ayahku mengenai perjalanan hidup Rasulullah”. Ayahku menjawab “Rasulullah ada seorang yang memiliki wajah yang ceria, suka mempermudah urusan, mempunyai perasaan lembut, sikap dan dan hati beliau tidak kasar…” (HR Tirdmizi)
Nah. Tidak hairanlah jika dikatakan nikmat Islam mampu dikecapi oleh umat hari ini adalah diantara salah satu faktornya kerana kelembutan baginda. Ini kerana kelembutan merupakan akhlak yang mampu mendekatkan manusia kepada Islam, dan kekerasan serta perilaku buruk akan merugikan Islam dan umatnya. Oleh sebab itu Baginda selalu menyeru umatnya agar bersikap lembut. Beliau juga pernah bersabda, "Sikap hati-hati (tidak tergesa-gesa), kesederhanaan, dan perilaku lembut adalah sebahagian dari 24 ciri kenabian." (HR at-Tirmidzi).
Dan Allah juga menjelaskan didalam Al-quran, "Maka, disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." (QS Ali Imran 159). Jadi, jelaslah disini bahawa kelembutan itu memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan dakwah islam, samaada kepada individu tertentu atau berkelompok. Dan perlu diingatkan bahawa kelembutan itu tidak sewajarnya disinonimkan dengan wanita sahaja. Malah ianya merangkumi kedua-dua jantina.
By: insan faqir ilmu
In shaa allah akan ada sambungannya nanti ;)

Sunday, 17 August 2014
Ibu srikandi terulung ;)
Hati sayu mendengar lagu AZIMAT BONDA nyanyian kumpulan nasyid Far east..
langit kirmizi menghantar dirimu menuju jln pulang
hari-hari indah bersamamu bertaburdi tanah kenangan
wajah berona simpati kau tatapi buatkali t'akhir
sedih & sayu dari kamar atma mengundang air mata
Hanya rindu & doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu
menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk p'kasihan
begitu indah setiap detik di dlm rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu
setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam
di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
tiada yg terindahdiduni dapat mengganti hilangmu
pilahan yg terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu
..............................................................................................................................................
Pengorbanan ibu sangat besar.. mungkin ramai diantara kita sudah terlalu common dengan ayat ini... tapi sejauh manakah kita menghayatinya..?
Sy berhujah atas pengalaman dan penilaian persekitaran.. dan sudah semestinya penilaian sy pada ibunda sy tercinta...
Terdetik di hati sy utk menyatakan betapa besarnya pengorbanan dan jasa insan yg kuat ini..allahurabbi..
Hari ini sy ingin ceritakan beberapa jasa beliau yg sy amat kagumi.. sy lebih selesa bercerita dgn menggunakan perkataan yg lebih dekat dgn jiwa sy.. memanggil ibunda tercinta dgn panggilan 'Ma'
Sy mempunyai seorang ibu yang sgt rajin,kuat dan penyayang.. Ma seorang surirumahtangga sepenuh masa..sy amat mengagumi beliau.. even Ma is not an educated person but i'm really respect her..
Permulaan harian Ma seawal 5 pagi, malah ada lebih awal dari itu.. Ma akan memulakan paginya dengan solat malam... selepas menunaikan solat malam, aktiviti Ma akan tertumpu di bahagian dapur pula bagi menyediakan sarapan pagi utk anak2 dan suami..
Seusai solat subuh, Ma akan menguruskan uruspakai adik2 ke sekolah.. memastikan adik2 menyusun jadual sekolah... memastikan kelengkapan peralatan sekolah.. memastikan adik2 makan sarapan walaupun kadang2 terpaksa sabar dengan kerenah mereka yang tak ada selera makan.. itulah Ma..
Ma akan mengiringi adik2 turun utk kesekolah sehingga kelibat mereka hilang.. tugas menghantar adik2 ke sekolah diambil oleh ayah tercinta..
Aktiviti Ma tidak terhenti disitu.. Ma akan meneruskan dengan aktiviti mengemas rumah.. bila tiba waktu Dhuha, Ma akan dahulukan Dhuha.. selepas selesai solat Dhuha, Ma akan berhempas pulas mengemas rumah, menyapu sana-sini, membuang sampah, membasuh baju, memasak..itulah Ma.
Setibanya tengahari mencecah..Ma mula gelisah menunggu kepulangan adik... adik diambil oleh sepupu.. selagi adik tak balik, selagi itu Ma akan gelisah.. itulah Ma..
Setelah adik pulang, Ma akan bawa adik pergi mengaji quran.. dan pada petangnya Ma akan menanti kepulangan ayah.. menyediakan makanan utk ayah.. itulah Ma..
Seusai malamnya, Ma akan mengambil peluang utk menggosok baju ayah dan adik.. dan memastikan adik2 tidur awal..itu lah Ma..
begitulah serba sedikit perjalanan hidup seharian Ma..tapi ini hanya sekadar aktiviti harian ma.. kalau nak diceritakan sifat keibuan, sangat lah panjang dan kadang2 tak terucap dgn kata2, tidak terungkap dgn tulisan..
Cuma, ingin diceritakan disini.. ibulah orang yg paling gelisah jika kita menghadapi masalah.. ibulah yg paling sedih jika kita sedih...ibulah yg paling bahagia jika kita bahagia...
Ibu akan cuba sedaya upaya utk anak2 dan suami.. ibu tidak kisah jika dia yang sakit.. ibu akan kisah jika kita yang sakit..allah... respect all moms in the world...
Tiada yg dapat menggantikan takhta seorang ibu didunia ini.. semoga ibu2 mendapat rahmat ALLAH sentiasa.. pengorbanan ibu terbaik!!

Sunday, 20 July 2014
Masalah mematangkan kita :)
Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah...syukur kehadrat ILAHI kerana diberikan peluang utk sy menaip hari ni..sudah sekian lama mencari waktu dan mood, alhamdulillah hati dan tangan ini tergerak utk menaip.. mungkin disebabkan hr ni besday sy? hehe..mungkin.
baiklah.. hari ni sy nk kongsi sedikit berkenaan satu frasa ini yg dimana selalu kita dengar iaitu..' masalah boleh mematangkan kita'. mungkin kalian pernah mendengarnya bilamana kita ditimpa musibah, tentu akan ada individu2 tertentu menasihati kita dgn frasa ini..
ya, sy pernah mengalaminya... bila ada sahaja masalah, mesti org akn pesan macam tu, sehinggakan sy rasa dah lali dgn ayat tu.. tapi, sebenarnya..frasa ini telah membuat sy terfikir sejenak. sebelum ini sy hanya ambil endah tak endah shj.. sy mula berfikir sejak sy mengalami krisis pembayaran yuran di salah sebuah IPTA dimana tempat sy belajar.. jumlah yuran yg sy kena bayar amat tidak relevan..ad beberapa komponen yang dikenakan bayaran utk sy padahal komponen itu tidak sepatutnya sy bayar.. ini benar2 menguji personaliti sy yg berwarna biru. Rentetan daripada hal sedemikian, sy terpaksa naik turun canselori bagi menyelesaikan masalah ini..Allah, sgt teruji.. sedang elok masa tu adalah study week.. sy habiskan half week to settle this rudeness things i guess. Lagi menguji kesabaran bilamana bahagian pentadbiran sendiri saling menyalahkan antara satu sama lain. ( unit akademik dan unit bendahari)
Mungkin akan tertanya-tanya, apa kesannya? dimanakah yang dikatakan matang?
baiklah.. sejujurnya, sebelum ini sy merupakan seorang pengecut mungkin. seorang agak malu dan takut untuk berurusan tambah2 apabila melibatkan golongan atasan.. tapi, dengan adanya ujian sebegini.. sy mampu untuk melakukan hal sedemikian tanpa segan silu lagi.. sehinggakan tidak pernah sebelum ini sy mengutarakan apa2 soalan pun apabila melibatkan majlis yg dihadiri org ramai. tapi, dengan adanya krisis ini, sy mampu menanyakan soalan ditengah-tengah org ramai..yang lebih mengejutkan bilamana diskusi itu dihadiri vip2 kehormat. Alhamdulillah..tidak lain kekuatan itu datangnya dari ALLAH..Dia lah yg memberi kekuatan kpd sy utk gagah berdiri bg menuntut hak dan menegur sistem pentadbiran.. cuma, sometimes sy terfikir, adakah disebabkan duit sbnrny yg membuatkan sy tegar menuntut bela? ada kemungkinan..
Jadi, sesuailah firman ALLAH dalam surah AL-BAQARAH ayat 286,
''ALLAH tak akan menguji hambaNya diluar kemampuan dirinya.."
Starting from that, i'm always remember and try to think positive for every problem i have to facing is..percayalah, disebalik masalah itu, Allah selitkan rahmat.. begitulah cara ALLAH mendidik kita.. jika kita meneliti sirah baginda Nabi Muhammad s.a.w sekalipun, ALLAH mendidik kekasihNya dengan ujian.. ujian yg lagi dasyat.. sebab itulah baginda menjadi insan yang paling mulia..jadi, sy menyeru kpd kalian dan diri sy sendiri..jangan cepat melatah dengan ujian yg ALLAH berikan kepada kita..terima lah dengan hati terbuka n the most important things, think positive,. That's it!
sekadar itu dari sy..harap dapat memberi inspirasi kepada anda yang membaca..semoga mendapat rahmat ALLAH di dunia wal akhirat..amiin..wallahualam
#pray for GAZA
#Pray for MH17

Sunday, 11 May 2014
aku yang sensitif
aku yang sensitif. ya, mungkin ada golongan 'kebal' akan menemplak statement ini.. alah, buat apa nk sensitif, tak cool lah macam ni.. sebenarnya dalam hidup ini kita memang tak lari dengan perkara yang melibatkan emosi..kita diciptakan memang mempunyai emosi.. jadi, x normal lah org yg xde emosi.. perbezaan emosi seseorg itu berdasarkan warna dominan dalam diri mereka...BIRU, warna yg dikaitkan dengan emosi.. mana2 individu yg warna dominannya warna biru sbnrnya individu tersebut mudah terpengaruh dgn emosi..sedih, gembira, touching and so on.. dalam diri kita ni ad 4 warna berbeza iaitu EMAS, HIJAU, BIRU dan JINGGA.. warna2 inilah yg menentukan personaliti seseorang..yg mana paling dominan, yg tu lah dianggap personaliti kita..mcm mana nk tau kita dominan warna apa? haa. yg tu kne pergi jumpa kaunselor. in shaa allah next time sy cuba utk kongsikan ciri2 individu BIRU..wallahualam..barakallah
Monday, 10 February 2014
SEDIKIT RINGKASAN 2 KALIMAH SYAHADAH
Assalamualaikum..
hari ini sy nk kongsi sikit apa yg sy dapat drp ceramah Dr.Abdullah Yasin berkaitan 2 kalimah syahadah...
.mungkin kbnyakan dr kita kurang tahu atau kdg2 terlepas pandang disebalik maksud sebenar 2 kalimah syahadah لا اله الا الله محمد رسول الله
Baiklah,seperti yang kita tahu..dalam kalimah syahadah mengandungi 2 kalimah persaksian..yakni 2 syahadah..
syahadah pertama : اشهد ان لا اله الا الله (aku bersaksi tiada tuhan yg disembah melainkan ALLAH)
syahadah kedua : اشهد ان محمد رسول الله (aku bersaksi nabi Muhammad pesuruh ALLAH)
-Syahadah pertama ialah berkaitan dgn AKIDAH yakni (iman), manakala Syahadah kedua berkaitan dgn SYARIAH yakni (peraturan dalam amal)
-Perlu diingatkan bahawa syahadah pertama ni sama untuk semua umat manusia...semua nabi2 terdahulu membawa akidah yg sama iaitu Allah lah yg layak disembah..tapi pd syahadah kedua berbeza utk setiap nabi dan rasul.. sbg contoh, kita sbg umat nabi muhammad, diwajibkan utk bersyahadah atau bersaksi bahawa nabi muhammad sbg pesuruh ALLAH..bermaksud, kita hanya boleh ikut syariat baginda sahaja..MELAINKAN yg telah direkemenkan oleh nabi sendiri contohnya pensyariatan berkhatan, kalau ikut sejarah berkhatan sbnrnya asal drp pensyariatan nabi ibrahim lagi..
wallahualam..;)

Subscribe to:
Comments (Atom)