Hati sayu mendengar lagu AZIMAT BONDA nyanyian kumpulan nasyid Far east..
langit kirmizi menghantar dirimu menuju jln pulang
hari-hari indah bersamamu bertaburdi tanah kenangan
wajah berona simpati kau tatapi buatkali t'akhir
sedih & sayu dari kamar atma mengundang air mata
Hanya rindu & doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu
menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk p'kasihan
begitu indah setiap detik di dlm rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu
setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam
di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
tiada yg terindahdiduni dapat mengganti hilangmu
pilahan yg terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu
..............................................................................................................................................
Pengorbanan ibu sangat besar.. mungkin ramai diantara kita sudah terlalu common dengan ayat ini... tapi sejauh manakah kita menghayatinya..?
Sy berhujah atas pengalaman dan penilaian persekitaran.. dan sudah semestinya penilaian sy pada ibunda sy tercinta...
Terdetik di hati sy utk menyatakan betapa besarnya pengorbanan dan jasa insan yg kuat ini..allahurabbi..
Hari ini sy ingin ceritakan beberapa jasa beliau yg sy amat kagumi.. sy lebih selesa bercerita dgn menggunakan perkataan yg lebih dekat dgn jiwa sy.. memanggil ibunda tercinta dgn panggilan 'Ma'
Sy mempunyai seorang ibu yang sgt rajin,kuat dan penyayang.. Ma seorang surirumahtangga sepenuh masa..sy amat mengagumi beliau.. even Ma is not an educated person but i'm really respect her..
Permulaan harian Ma seawal 5 pagi, malah ada lebih awal dari itu.. Ma akan memulakan paginya dengan solat malam... selepas menunaikan solat malam, aktiviti Ma akan tertumpu di bahagian dapur pula bagi menyediakan sarapan pagi utk anak2 dan suami..
Seusai solat subuh, Ma akan menguruskan uruspakai adik2 ke sekolah.. memastikan adik2 menyusun jadual sekolah... memastikan kelengkapan peralatan sekolah.. memastikan adik2 makan sarapan walaupun kadang2 terpaksa sabar dengan kerenah mereka yang tak ada selera makan.. itulah Ma..
Ma akan mengiringi adik2 turun utk kesekolah sehingga kelibat mereka hilang.. tugas menghantar adik2 ke sekolah diambil oleh ayah tercinta..
Aktiviti Ma tidak terhenti disitu.. Ma akan meneruskan dengan aktiviti mengemas rumah.. bila tiba waktu Dhuha, Ma akan dahulukan Dhuha.. selepas selesai solat Dhuha, Ma akan berhempas pulas mengemas rumah, menyapu sana-sini, membuang sampah, membasuh baju, memasak..itulah Ma.
Setibanya tengahari mencecah..Ma mula gelisah menunggu kepulangan adik... adik diambil oleh sepupu.. selagi adik tak balik, selagi itu Ma akan gelisah.. itulah Ma..
Setelah adik pulang, Ma akan bawa adik pergi mengaji quran.. dan pada petangnya Ma akan menanti kepulangan ayah.. menyediakan makanan utk ayah.. itulah Ma..
Seusai malamnya, Ma akan mengambil peluang utk menggosok baju ayah dan adik.. dan memastikan adik2 tidur awal..itu lah Ma..
begitulah serba sedikit perjalanan hidup seharian Ma..tapi ini hanya sekadar aktiviti harian ma.. kalau nak diceritakan sifat keibuan, sangat lah panjang dan kadang2 tak terucap dgn kata2, tidak terungkap dgn tulisan..
Cuma, ingin diceritakan disini.. ibulah orang yg paling gelisah jika kita menghadapi masalah.. ibulah yg paling sedih jika kita sedih...ibulah yg paling bahagia jika kita bahagia...
Ibu akan cuba sedaya upaya utk anak2 dan suami.. ibu tidak kisah jika dia yang sakit.. ibu akan kisah jika kita yang sakit..allah... respect all moms in the world...
Tiada yg dapat menggantikan takhta seorang ibu didunia ini.. semoga ibu2 mendapat rahmat ALLAH sentiasa.. pengorbanan ibu terbaik!!
No comments:
Post a Comment