"jadilah kunang-kunang yang menerangi malam, walau dengan cahaya yang kecil,tetapi masih mampu menerangi kegelapan..bukan seperti kelkatu yang sepanjang hidupnya hanya mampu bergantung kepada cahaya lampu"
Friday, 19 July 2013
TUHAN ITU SATU!
Tuhan bagi semesta alam ialah ALLAH..ALLAH adalah Tuhan yang esa dan tidak memiliki sebarang sekutu sama ada dalam bentuk anak, isteri, roh suci ataupun lain-lain..
ALLAH menjelaskan dalam surah AL-IKHLAS ayat 1-4 yang bermaksud....
''katakanlah Dialah Allah, TUHAN YANG MAHA ESA.ALLAH adalah Tuhan yang menjadi tempat pergantungan segala sesuatu,Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.Dan tidak ada seorang pun setara denganNYA"
Nah, sudah terang lagi bersuluh yang ALLAH ni maha satu..tiada sekutu..dan konsep keesaan tuhan ni bukan satu konsep yang baru kerana kebanyakkan agama berpegang dengan konsep ini...sebagai contoh agama Judaisme, Kristian dan Hindu..
JUDAISME
konsep ini ditekankan dalam ayat Shema iaitu ayat yang terdapat dalam bab Deuteronomy yang bermaksud...
''Tuhan kita adalah Tuhan yang satu'' (Deuteronomy 6:4)
KRISTIAN
1500 tahun selepas itu, Nabi Isa menekankan konsep ketuhanan yang sama seperti yang disebutkan dalam Bible
''The first of all the commandments is, Hear, O Israel; the Lord our God is one Lord "(MARK 12:29) ia bermaksud 'Yesus menjawab "Inilah perintah yang paling utama. Dengarlah hai bangsa Israel! Tuhan ALLAH kita, Dialah Tuhan Yang Maha Esa''
HINDU
Konsep keesaan tuhan telah ditekankan dalam Shetash-watar Upanishad bab 6,mantra 11 disebutkan
''Tuhan bagi alam semesta adalah DIA,Tuhan yang satu"
dalam Kenupanishad bab 1,mantra 3 pula disebutkan
"Dia tidak dapat dilihat oleh mata tetapi matanya melihat segalanya"
NAMUN, agama2 ini kemudiannya terbabas daripada konsep ini apabila penganutnya2 digalakkan menyembah dan mengabdikan diri kepada makhluk yang dianggap jelmaan tuhan di muka bumi ini sebagai contoh kristian menganggap Nabi Isa dan 'Roh Suci' sbg tuhan disamping 'Tuhan Bapa' dalam konsep Tritunggal agama itu..
Agama hindu pun percaya tuhan ni muncul dalam bentuk jelmaan ..tiga jelmaan utama adalah Brahma sbg pencipta alam, Vishnu sbg pemelihara alam dan penyelamat serta Shiva sbg pemusnah dan penghancur..kadangkala tuhan2 ni dipercayai akan menjelma dalam bentuk manusia bagi membantu mereka dan Lord Krishna salah satu jelmaan tuhan dalam bentuk manusia,,selain ketiga-tiga tadi, penganut2 hindu mempunyai jutaan tuhan yang lain yang disembah dan dipuja..
source:- Minda Muslim Super karangan Dr.Danial Zainal Abidin
-Dialog Harmoni Tvalhijrah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment