Sunday, 20 July 2014

Masalah mematangkan kita :)

Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah...syukur kehadrat ILAHI kerana diberikan peluang utk sy menaip hari ni..sudah sekian lama mencari waktu dan mood, alhamdulillah hati dan tangan ini tergerak utk menaip.. mungkin disebabkan hr ni besday sy? hehe..mungkin.

baiklah.. hari ni sy nk kongsi sedikit berkenaan satu frasa ini yg dimana selalu kita dengar iaitu..' masalah boleh mematangkan kita'. mungkin kalian pernah mendengarnya bilamana kita ditimpa musibah, tentu akan ada individu2 tertentu menasihati kita dgn frasa ini..

ya, sy pernah mengalaminya... bila ada sahaja masalah, mesti org akn pesan macam tu, sehinggakan sy rasa dah lali dgn ayat tu.. tapi, sebenarnya..frasa ini telah membuat sy terfikir sejenak. sebelum ini sy hanya ambil endah tak endah shj.. sy mula berfikir sejak sy mengalami krisis pembayaran yuran di salah sebuah IPTA dimana tempat sy belajar.. jumlah yuran yg sy kena bayar amat tidak relevan..ad beberapa komponen yang dikenakan bayaran utk sy padahal komponen itu tidak sepatutnya sy bayar.. ini benar2 menguji personaliti sy yg berwarna biru. Rentetan daripada hal sedemikian, sy terpaksa naik turun canselori bagi menyelesaikan masalah ini..Allah, sgt teruji.. sedang elok masa tu adalah study week.. sy habiskan half week to settle this rudeness things i guess. Lagi menguji kesabaran bilamana bahagian pentadbiran sendiri saling menyalahkan antara satu sama lain. ( unit akademik dan unit bendahari) 

Mungkin akan tertanya-tanya, apa kesannya? dimanakah yang dikatakan matang?
baiklah..  sejujurnya, sebelum ini sy merupakan seorang pengecut mungkin. seorang agak malu dan takut untuk berurusan tambah2 apabila melibatkan golongan atasan.. tapi, dengan adanya ujian sebegini.. sy mampu untuk melakukan hal sedemikian tanpa segan silu lagi.. sehinggakan tidak pernah sebelum ini sy mengutarakan apa2 soalan pun apabila melibatkan majlis yg dihadiri org ramai. tapi, dengan adanya krisis ini, sy mampu menanyakan soalan ditengah-tengah org ramai..yang lebih mengejutkan bilamana diskusi itu dihadiri vip2 kehormat. Alhamdulillah..tidak lain kekuatan itu datangnya dari ALLAH..Dia lah yg memberi kekuatan kpd sy utk gagah berdiri bg menuntut hak dan menegur sistem pentadbiran.. cuma, sometimes sy terfikir, adakah disebabkan duit sbnrny yg membuatkan sy tegar menuntut bela? ada kemungkinan..

Jadi, sesuailah firman ALLAH dalam surah AL-BAQARAH ayat 286,
''ALLAH tak akan menguji hambaNya diluar kemampuan dirinya.."

Starting from that, i'm always remember and try to think positive for every problem i have to facing is..percayalah, disebalik masalah itu, Allah selitkan rahmat.. begitulah cara ALLAH mendidik kita.. jika kita meneliti sirah baginda Nabi Muhammad s.a.w sekalipun, ALLAH mendidik kekasihNya dengan ujian.. ujian yg lagi dasyat.. sebab itulah baginda menjadi insan yang paling mulia..jadi, sy menyeru kpd kalian dan diri sy sendiri..jangan cepat melatah dengan ujian yg ALLAH berikan kepada kita..terima lah dengan hati terbuka n the most important things, think positive,. That's it! 

sekadar itu dari sy..harap dapat memberi inspirasi kepada anda yang membaca..semoga mendapat rahmat ALLAH di dunia wal akhirat..amiin..wallahualam

#pray for GAZA
#Pray for MH17

2 comments:

  1. Al-Hamdulillah...teruskan dengan usaha membetulkan yang tidak betul & teruskan usaha untuk berfikiran positif. Berani kerana benar, salah kerana takut. Believe me that ALLAH always be with you because you are muslimah. :)

    ReplyDelete
  2. In shaa allah..syukran kathir k.farah... syukran atas bimbingan dan sokongan selama ini..doakan sy agar sentiasa thabit dn mjd muslimah mukminah mujahidah..amin..;)

    ReplyDelete