Salam Maulidurrasul jami'an...buat entry kali ni sukacita sy ingin memaparkan tentang cinta kita sbg umat islam kpd penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w..tapi post kali ni sy jadikan karya kawan sy sbg mengisi ruang blog sy..yang sy kira beliau cukup berpengelaman dalam menghasilkan artikel..yuk, sama2 kita hayati...allahummasolli ala sayyidina muhammad..
MaulidurRasul, Sebuah Hamparan Cinta
Menyentuh mengenai bab ini, ia sebenarnya terlampau besar dan
mendalam untuk dihuraikan samada secara khusus mahupun perkara-perkara
sampingan yang berkaitan. Apatah lagi ramai yang dilihat menghukum sambutan maulidurrasul
sekian dan sekian. Namun pesanan buat
diri dan sahabat semua, biarlah kita berlapang dada dalam hal ini. Apatah lagi
bila melihat kepada banyaknya isu yang sepatutnya disentuh lebih dalam pada
zaman kontemporari ini. Mengenai konsep perniagaan yang halal, mengenai isu
zina yang melampau, isu tarbiah anak yang kian melampau dan beberapa isu lain.
Usahlah kita terus menerus mengalirkan masa dalam isu polemik yang
diada-adakan.
Persoalan Bahasa: Maulid atau Maulud?
Ramai yang keliru dengan penggunaan maulud dan juga maulid.
Maulud membawa maksud “bayi” manakala maulid pula membawa maksud “hari
kelahiran”. Jadi penggunaan kata yang sebenar dalam hal ini adalah “Maulidurrasul”
yakni “Hari Kelahiran Rasulullah SAW”.
Menurut kitab Rahiq Makhtum karangan Safiyyurrahman
al-Mubarakfuri, “Rasulullah dilahirkan di perkampungan Bani Hashim di Mekah
pada hari Isnin 12 Rabiulawal di permulaan Tahun Gajah bersamaan 20 atau 22 April
tahun 571 Masihi menurut perkiraan ulama’ Sulaiman al-Mansurpuri dan dikuatkan oleh
ahli falak Mahmud Basya”
Kepentingan Yang Kian Dilupai
Andaikata kita ditanya, “Siapa nama datuk kamu?”.
Mungkin kita masih mampu menjawab bersama kisah kehidupannya
sekali.
Namun andaikata kita ditanya lagi, ”Siapa nama datuk kepada
moyang kamu? Macam mana kisah hidup beliau? Bila dia meninggal?”
Barangkali kita pada waktu itu akan mula terkaku keliru. Dan
juga sekurang-kurangnya bermonolog sendiri, “Perlu ke aku ingat soal individu
yang telah jauh dariku sedemikian rupa?”
Monolog itu boleh terjadi kerana kita tidak merasakan
individu itu dekat dengan kita. Kita tidak merasakan individu itu terlampau
penting bagi kita. Dan kita tidak merasakan individu itu mampu mengubah
sebarang perkara bagi kita.
Bila beralih kepada Rasulullah SAW, ceriteranya berbeza.
Insan yang bernama Muhammad bin Abdullah
ini merupakan satu individu yang amat jauh bezanya. Tatkala kematian kita
nanti, kita akan ditanya mengenainya. Tatkala kebangkitan kita nanti, masih
ditanya mengenai Baginda. Bahkan tatkala dikumpul di Padang Mahsyar, kita semua
bertebaran mencari susuk tubuh individu yang hebat ini untuk mencapai syafaat
darinya. Kerana Baginda amat penting bagi kita dan secara lahiriahnya,
merupakan individu yang amat memberi kesan besar kepada kita sama ada ketika
ini mahupun saat selepas kematian nanti.
Bila mana disebut sebaik baik makhluk
(bukan manusia), sesempurna makhluk, setinggi-tinggi kebaikan makhluk, semuanya
terkumpul dalam diri Nabi Muhammad.
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau
(wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian
alam”-Al-Anbiya’:107
Adanya Nabi Muhammad, menyebabkan kita
mampu menumpang tuah.
Lantas, masih pelikkah sekiranya individu
ini disambut dimana-mana?
Ketika mana dikaitkan bahawa sambutan ini tidak dilakukan
ketika zaman Rasulullah, kita perlu memahami bahawa ketika itu, para sahabat
terlalu rapat dengan Rasulullah, terlalu memahami gerak geri Rasulullah dan
kecintaan mereka itu menyebabkan tidak ada benda yang mampu menghilangkan memori
mereka dengan Rasulullah.
Namun
jarak waktu kita dengan Rasulullah terlampau jauh. Dan tarikh yang terlalu
jauh menyebabkan ulama memulakan sambutan ini tujuannya agar mengembalikan
kekuatan ingatan kita kepada Rasulullah dan sirahnya dan dalam masa yang sama,
membawa kita muhasabah mengenai penghujung kita.
Biarkan sahaja jarak yang semakin menjauh.
Usah mempengaruhi kecintaan kita yang semakin menebal.
Manifestasi Sebuah Rasa Cinta
Satu kisah ketika mana Rasulullah bangun berqiamullail,
seorang sahabat yang bangun lebih awal terus mengambil cerek air bagi
menuangkan kepada Rasulullah untuk urusan wuduknya.
Seusai Nabi mengambil wuduk, Baginda
berkata, "Mintalah pada aku sekarang, kamu nak apa pada aku
sekarang?".
Sahabat tersebut berkata kepada Baginda,
"Ya Rasulullah, doakan agar aku dapat menemani kamu dalam syurga . Aku
mahu sekali untuk duduk berteman dengan kamu sehingga syurga".
Lalu Rasulullah SAW menjawab,
"Tolonglah aku untuk membantu kamu dengan memperbanyakkan selawat kepada
aku sepanjang kehidupan kamu”.
Andai benar kita mengatakan kita mencintai
Rasulullah, apa tindakan yang boleh dibanggakan didepan Baginda nanti? Ataupun
kecintaan itu sudah dirasakan mencukupi dengan meluahkan melalui kotak suara?
Jika benar itu nilai cinta, alangkah murahnya.
Bukti kecintaan ini, pelbagai aspek yang
boleh diperbaharui. Pelbagai medium yang boleh dikecapi bersama. Namun bukti
kuat dalam menentukannya, adakah kita bersedia membawa risalah dakwah
Rasulullah SAW? Persoalan mengenai perjuangan Rasulullah ini membuatkan ramai
yang lalai alpa. Kerana ia soal yang melibatkan tapisan dari Allah SWT.
Abu Talib, bapa saudara Baginda sendiri,
tidak dipilih oleh Allah SWT. Sedangkan kecintaannya kepada Rasulullah, amat
menebal. Setebal jarak langit dan bumi mungkin. Namun tetap juga tidak bersama
dalam perjuangan Rasulullah.
Masih segar kata-kata Baginda kepada Abu
Talib, "Wahai pakcik, sekiranya mereka mampu menarik matahari dan
meletakkan di tangan kanan aku dan mampu menarik bulan bintang di tangan kiri
aku agar aku berhenti dari menyebut mengenai Islam, aku takkan berhenti
melainkan Allah sendiri menghalang aku dari jalan ini".
Manakala kita pula, masih bersenang lenang
diatas katil. Dan bersenang senang didepan laptop. Masih pula tegar memberi
kata nista tentang sambutan hari kelahiran Baginda.
Wujudkah Nabi Muhammad di hati kita?
Kesimpulan: Agar Cinta Yang Dituai.
Bukan Alpa.
Jika setiap ciptaan
yang dijadikan, hatta yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan
kelahiran Baginda SAW dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua
binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jin Islam
bergembira di atas kelahiran Baginda SAW, maka mengapa tidak kita?
Namun perlu diingati, jika mana pada bulan Ramadhan
dulu, kita disuruh beramal bukanlah maksudnya berakhirnya bulan Ramadhan, kita
dibenarkan untuk bergelak ketawa, lalai alpa. Sedangkan sebenarnya, ia sebagai
satu catalyst agar 11 bulan yang mendatang diteruskan dengan amal.
Begitu juga dengan sambutan Maulidurrasul.
Tidak dipanggil tujuan jika hasratnya hanya untuk mencintai sehari dua. Namun
biarlah kecintaan dan ingatan kepada Nabi itu diteruskan di bulan yang lain. Maulid
yang disambut, biar mendekatkan kita kepada Baginda. Agar kecintaan itu bukannya
berputik dan berbunga di bulan Rabiul Awal sahaja. Agar kecintaan itu terus
mewangi di sepanjang usia kehidupan.
Ya Allah, aku memohon kata cintaku
kepada Allah dan Rasul tidak menjadi satu lafaz kaku, seperti mana khayalan yang nyata palsu.
Ya Muhammad, dimanakah pula
tempat kami di sisimu?
Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan.
Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan.
Moga tatkala menjelang kematian, jiwa yang sejahtera dapat kami hamparkan.
*Disini dekepilkan bersama 2
fatwa mengenai sambutan Maulidurrasul oleh 2 ulama’ muktabar yang dirasakan
sudah mencukupi buat pegangan kita bersama.
1)
Imam
Al-Hafiz As-Suyuti (digelar Syeikhul Hadis) dan Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar
Al-Asqalani (digelar Syeikhul Islam dan Ketua Para Qadhi)
Imam As-Suyuti
menaqalkan tentang hukum menyambut Maulid Nabi SAW oleh gurunya sendiri iaitu
Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani ketika ditanya tentang hukum maulid maka
beliau menjawab:
وقد سئل شيخ الإسلام حافظ العصر أبو الفضل بن حجر عن عمل المولد فأجاب بما نصه: أصل عمل المولد بدعة لم تنقل عن أحد من السلف الصالح من القرون الثلاثة ولكنها مع ذلك قد اشتملت على محاسن وضدها فمن تحرى في عملها المحاسن وتجنب ضدها كان بدعة حسنة وإلا فلا
Ertinya: “Asal melakukan maulid adalah bid'ah, tidak diriwayatkan dari ulama salaf dalam tiga abad pertama, akan tetapi didalamnya terkandung kebaikan-kebaikan dan juga kesalahan-kesalahan. Barangsiapa melakukan kebaikan-kebaikan(seperti zikir, selawat, dakwah, majlis ilmu, baca sirah) di dalamnya dan menjauhi kesalahan-kesalahan(seperti ikhtilat, membazir, maksiat, konsert dll), maka ia telah melakukan bid'ah yang baik (bid'ah hasanah)(boleh buat) tetapi jika tidak menjauhi kesalahan-kesalahan, maka tak boleh dilakukan.."
( Lihat Al Hawi Lil Fatawa, As Suyuthi, 1/282, Maktabah Asy Syamilah)

2)
Dr. Yusuf
al-Qaradhawi ( Pengerusi Persatuan Ulama’ Sedunia)
Adapun golongan yang terasing daripada memahami fiqh Islam yang luas, yang menganggap maulid ini secara mutlaknya adalah bid’ah yang sesat, fahaman ini ditolak secara khusus oleh institusi al-Azhar dan para ulama’ Al-Azhar. Bahkan, Al-Azhar berlepas tangan daripada fahaman dan pandangan ini.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi juga pernah berkata:
هناك من المسلمين من يعتبرون أي احتفاء أو أي اهتمام أو أي حديث بالذكريات الإسلامية، أو بالهجرة النبوية، أو بالإسراء والمعراج، أو بمولد الرسول صلى الله عليه وسلم، أو بغزوة بدر الكبرى، أو بفتح مكة، أو بأي حدث من أحداث سيرة محمد صلى الله عليه وسلم، أو أي حديث عن هذه الموضوعات يعتبرونه بدعة في الدين، وكل بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار، وهذا ليس بصحيح على إطلاقه، إنما الذي ننكره في هذه الأشياء الاحتفالات التي تخالطها المنكرات، وتخالطها مخالفات شرعية وأشياء ما أنزل الله بها من سلطان، كما يحدث في بعض البلاد في المولد النبوي وفي الموالد التي يقيمونها للأولياء والصالحين، ولكن إذا انتهزنا هذه الفرصة للتذكير بسيرة رسول الله صلى الله عليه وسلم، وبشخصية هذا النبي العظيم، وبرسالته العامة الخالدة التي جعلها الله رحمة للعالمين، فأي بدعة في هذا وأية ضلالة ؟!
Maksudnya:
“Di sana ada dalam kalangan orang-orang Islam yang mengira bahawa memuliakan, mengambil berat atau upacara mengingati peristiwa-peristiwa keislaman, hijrah nabawiyyah, isra’ mi’raj, maulid al-Rasul shollallahu ‘alaihi wasallam, perang badar kubra, fath makkah atau apa sahaja peristiwa daripada persitiwa sirah Muhammad shollallahu ‘alaihi wasallam atau apa sahaja peristiwa dalam bab-bab ini, maka mereka mengira bahawa ia adalah bid’ah dalam perkara agama, sedang semua bid’ah adalah kesesatan dan semua kesesatan adalah neraka. Ini adalah pandangan yang tidak benar sama sekali. Adapun apa yang kami ingkari pada perkara-perkara ini adalah perayaan-perayaan yang dicampuri oleh perkara-perkara mungkar, bercampur padanya perkara-perkara yang menyalahi syarak yang mana Allah s.w.t. tidak menurunkan bukti mengenainya sama sekali seperti yang berlaku di sesetengah negara pada al-Maulid al-Nabawi dan maulid yang mereka dirikan untuk para wali dan orang-orang soleh. Akan tetapi, jika kita mengambil peluang tersebut (maulid Nabi shollallahu ‘alaihi wasallam) untuk memperingati sirah Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam, dan memperingati tentang keperibadian Nabi yang agung ini shollallahu ‘alaihi wasallam, tentang risalah umum dan kekal yang dijadikan sebagai rahmat untuk seluruh alam ini, maka apa bid’ahnya dalam perkara ini dan apa yang sesat?
Beliau juga ada berkata:
"وكانوا يحيون مع الرسول صلى الله عليه وسلم، كان الرسول صلى الله عليه وسلم حياً في ضمائرهم، لم يغب عن وعيهم فلم يكونوا إذن في حاجة إلى تذكّر هذه الأشياء.
"Dan adalah mereka(para sahabat) hidup bersama Rasulullah SAW dan adalah Rasul SAW hidup dalam jiwa-jiwa mereka, tidak hilang dari fikiran mereka.. Maka mereka tidak memerlukan peringatan dalam perkara ini...”
Beliau berkata lagi: "Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah.
"Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati”

No comments:
Post a Comment