"jadilah kunang-kunang yang menerangi malam, walau dengan cahaya yang kecil,tetapi masih mampu menerangi kegelapan..bukan seperti kelkatu yang sepanjang hidupnya hanya mampu bergantung kepada cahaya lampu"
Friday, 19 July 2013
TUHAN ITU SATU!
Tuhan bagi semesta alam ialah ALLAH..ALLAH adalah Tuhan yang esa dan tidak memiliki sebarang sekutu sama ada dalam bentuk anak, isteri, roh suci ataupun lain-lain..
ALLAH menjelaskan dalam surah AL-IKHLAS ayat 1-4 yang bermaksud....
''katakanlah Dialah Allah, TUHAN YANG MAHA ESA.ALLAH adalah Tuhan yang menjadi tempat pergantungan segala sesuatu,Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.Dan tidak ada seorang pun setara denganNYA"
Nah, sudah terang lagi bersuluh yang ALLAH ni maha satu..tiada sekutu..dan konsep keesaan tuhan ni bukan satu konsep yang baru kerana kebanyakkan agama berpegang dengan konsep ini...sebagai contoh agama Judaisme, Kristian dan Hindu..
JUDAISME
konsep ini ditekankan dalam ayat Shema iaitu ayat yang terdapat dalam bab Deuteronomy yang bermaksud...
''Tuhan kita adalah Tuhan yang satu'' (Deuteronomy 6:4)
KRISTIAN
1500 tahun selepas itu, Nabi Isa menekankan konsep ketuhanan yang sama seperti yang disebutkan dalam Bible
''The first of all the commandments is, Hear, O Israel; the Lord our God is one Lord "(MARK 12:29) ia bermaksud 'Yesus menjawab "Inilah perintah yang paling utama. Dengarlah hai bangsa Israel! Tuhan ALLAH kita, Dialah Tuhan Yang Maha Esa''
HINDU
Konsep keesaan tuhan telah ditekankan dalam Shetash-watar Upanishad bab 6,mantra 11 disebutkan
''Tuhan bagi alam semesta adalah DIA,Tuhan yang satu"
dalam Kenupanishad bab 1,mantra 3 pula disebutkan
"Dia tidak dapat dilihat oleh mata tetapi matanya melihat segalanya"
NAMUN, agama2 ini kemudiannya terbabas daripada konsep ini apabila penganutnya2 digalakkan menyembah dan mengabdikan diri kepada makhluk yang dianggap jelmaan tuhan di muka bumi ini sebagai contoh kristian menganggap Nabi Isa dan 'Roh Suci' sbg tuhan disamping 'Tuhan Bapa' dalam konsep Tritunggal agama itu..
Agama hindu pun percaya tuhan ni muncul dalam bentuk jelmaan ..tiga jelmaan utama adalah Brahma sbg pencipta alam, Vishnu sbg pemelihara alam dan penyelamat serta Shiva sbg pemusnah dan penghancur..kadangkala tuhan2 ni dipercayai akan menjelma dalam bentuk manusia bagi membantu mereka dan Lord Krishna salah satu jelmaan tuhan dalam bentuk manusia,,selain ketiga-tiga tadi, penganut2 hindu mempunyai jutaan tuhan yang lain yang disembah dan dipuja..
source:- Minda Muslim Super karangan Dr.Danial Zainal Abidin
-Dialog Harmoni Tvalhijrah
Monday, 15 July 2013
Salam ramadhan kareem....!
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Apabila datangnya bulan
Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka
ditutup, syaitan dirantaikan.
Huraian Hadith:
Pengajaran Hadis:
i) Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ˜ra-mim-dal', yang bererti panas atau panas yang menyengat. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud menjadi panas atau sangat panas, atau diertikan juga sebagai hampir membakar. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.
ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ˜Siyam' atau ˜Soum' Kedua-duanya berasal dari kata dasar ˜Sa-wa-ma', di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.
iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.
iv) Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ˜Lailatul Qadar' di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.
source: http://www.islam.gov.my/e-hadith/kelebihan-bulan-ramadhan

Sunday, 14 July 2013
semua orang nak bahagia kan??
Assalamualalaikum...alhamdulillah...dapat jugak create blog sendiri..dah lama simpan hasrat ni sbnrnya..akhirnya tanggal 14 julai 2013 bersamaan 5 Ramadhan, ana berjaya create..:)
so, pd post yang pertama ni nk share sket mcm mane nk bahagia..td ana ad dengar kt tvalhjrah dalam slot magnet diri yg disampaikan oleh motivator saudara Amin Idris..kita semua nak bahagia padahal semua tu kita tak akan capai sbb kebahagiaan sebenar hanyalah di akhirat kelak..disini disertakan 4 tips..
- Bahagia dalam berfikir
-fikirkanlah apa yang membawa kepada kebahagiaan..sentiasa fikirkan yang positif, ana tertarik juga dgn kata2 Prof Muhaya..sape yang byk keluar dari mulut mereka perkataan yg negatif, mereka itulah yang byk penyakit..so, try to always think positive and at the same time our words will also be positive and automatically org sekeliling kita akan jd senang dgn kita..sikit sebanyak kita akan achieve rasa kebahagiaan itu
- Bersyukur dgn apa yang ada
-kita kena bykkan bersyukur...bila kita fikirkan kekurangan pada diri memang x bahagia ah..org ada ipad, kita pun nk ipad, org ada kereta chevrolet, kita pun nak...mcm2..dalam quran ad banyak menyebut supaya kita bersyukur terhadap nikmatNYA..
- antaranya dalam surah AD-DHUHA ayat 11 yg bermaksud '...dengan nikmat Tuhanmu hendaklah kamu menyatakan (dengan bersyukur)'..
-para ulama juga ada menyebut 'seringkali kita kelam kabut mencari apa yang tiada sehingga lupa apa yang kita ada'
- Tawakkal
-'asalkan aku buat yang terbaik, aku serah kpd ALLAH',..itulah statement orang bahagia..sering berserah kpd ALLAH..dalam setiap tindakan yang dah habis kita usahakan WAJIB kita serahkan kpdNYA.. dalam surah ALI IMRAN ayat 159 yang bermakssud '....apabila kamu berazam maka bertawakkallah kpd ALLAH....'
-so, kalau org kritik ke apa, kita dah xde sense dah lah..lantak dorang lah nk ckp apa..terima kritikan tu sbg guideline utk kita perbaiki diri..
- Hentikan utk capai kebahagiaan
-hentikan nk capai bahagia kpd berbahagialah dgn kehidupan...jadikan masalah sbg motivasi diri..dan elakkan anggap masalah tu sbg bebanan sebaliknya anggaplah spt cabaran hidup yang wajib ditempuhi..kita manusia xterlepas dr masalah spt firman ALLAH dalam surah AL-ANBIYA' ayat 35 yg bermaksud '.....kami akan menguji kamu dgn keburukan dan kebaikan...'
Moga bermanfaat utk semua...wallahua'alam;)
Subscribe to:
Comments (Atom)