Thursday, 11 December 2014

KELEMBUTAN BUKAN KEKERASAN

Bila disebut tentang kelembutan, tidak dapat tidak terpancar dalam benak fikiran segelintir masyarakat hari ini berkenaan dengan kelembutan wanita. Ya, kelembutan selalu disinonimkan dengan wanita. Kenapa? Mustahilkah sifat kelembutan ini dinukilkan kepada insan maskulin? Haruskah ianya disifatkan kepada insan feminin semata? Tidak. Sudah semestinya tidak. Jangan sempitkan skop kelembutan. Dan jangan pula disalah ertikan definisi kelembutan itu sendiri. Memandangkan sekarang ini hangat dengan isu ‘transgender’,bukan bermakna kelembutan yang ingin disampaikan disini berkenaan dengan kelembutan sifat fizikal sehingga merubah fitrah asal. Tidak sama sekali.

 Tertarik akan satu frasa yang dijadikan tema sebuah drama Warkah Cinta Berbau Syurga yang berbunyi ‘selama-lamanya kelembutan tidak akan pernah tewas dengan kekerasan’ . Watak kelembutan seorang lelaki yang bernama Amir Mukhlis mampu meluluhkan hati seorang wanita bernama Wardah sebagai pembawakkan wanita yang bersifat kasar. Malah, mampu juga menyedarkan sahabatnya yang cuba mengkhianati beliau. Begitu besarnya kuasa kelembutan.

 Dan berbalik pada frasa tadi, sebenarnya itu adalah rangkuman dari akhlak Rasulullah dan turut diterjemahkan oleh sesiapa yang menjadikan sifat itu kedalam diri. Dan antara contoh sahabat terdekat baginda ialah Saidina Abu Bakar As-siddiq. Sifat kelembutan yang dizahirkan oleh As-siddiq mampu menarik beberapa orang kembali kepada fitrah dan sehinggakan dapat menjadikan individu-individu tersebut sebagai figura-figura hebat Islam seperti Saidina Uthman, Saad b. Abi Waqas, Ubaidillah dan Talhah.

 Turut dinyatakan tentang kelebihan memiliki sifat lembut melalui sabda Rasulullah kepada Saidatina Aisyah ‘Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah Maha Lembut dan suka pada kelembutan. Allah memberi kepada kelembutan apa yang Dia tidak memberi kepda kekerasan dan apa yang tidak diberikan kepada yang lainnya’ (HR Muslim)

 Ulama menjelaskan juga maknanya dengan kelembutan seseorang akan meraih berbagai tujuan dan mudah mencapai apa yang diharapkan (syarah Muslim)

 Tidak lengkap sekiranya tidak disertakan contoh peribadi insan teragung dalam mendefinisikan istilah kelembutan. Didalam buku Syamail Muhammadiyah (Imam Tirmizi), hadis yang ke-337 ada disertakan bahawa Hasan bin Ali berkata “Aku bertanya kepada ayahku mengenai perjalanan hidup Rasulullah”. Ayahku menjawab “Rasulullah ada seorang yang memiliki wajah yang ceria, suka mempermudah urusan, mempunyai perasaan lembut, sikap dan dan hati beliau tidak kasar…” (HR Tirdmizi)

 Nah. Tidak hairanlah jika dikatakan nikmat Islam mampu dikecapi oleh umat hari ini adalah diantara salah satu faktornya kerana kelembutan baginda. Ini kerana kelembutan merupakan akhlak yang mampu mendekatkan manusia kepada Islam, dan kekerasan serta perilaku buruk akan merugikan Islam dan umatnya. Oleh sebab itu Baginda selalu menyeru umatnya agar bersikap lembut. Beliau juga pernah bersabda, "Sikap hati-hati (tidak tergesa-gesa), kesederhanaan, dan perilaku lembut adalah sebahagian dari 24 ciri kenabian." (HR at-Tirmidzi).

 Dan Allah juga menjelaskan didalam Al-quran, "Maka, disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." (QS Ali Imran 159). Jadi, jelaslah disini bahawa kelembutan itu memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan dakwah islam, samaada kepada individu tertentu atau berkelompok. Dan perlu diingatkan bahawa kelembutan itu tidak sewajarnya disinonimkan dengan wanita sahaja. Malah ianya merangkumi kedua-dua jantina.

 By: insan faqir ilmu

 In shaa allah akan ada sambungannya nanti ;)

Sunday, 17 August 2014

Ibu srikandi terulung ;)

Hati sayu mendengar lagu AZIMAT BONDA nyanyian kumpulan nasyid Far east..

langit kirmizi menghantar dirimu menuju jln pulang
hari-hari indah bersamamu bertaburdi tanah kenangan
wajah berona simpati kau tatapi buatkali t'akhir
sedih & sayu dari kamar atma mengundang air mata

Hanya rindu & doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu

menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk p'kasihan
begitu indah setiap detik di dlm rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam

di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
tiada yg terindahdiduni dapat mengganti hilangmu
pilahan yg terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu

..............................................................................................................................................

Pengorbanan ibu sangat besar.. mungkin ramai diantara kita sudah terlalu common dengan ayat ini... tapi sejauh manakah kita menghayatinya..?

Sy berhujah atas pengalaman dan penilaian persekitaran.. dan sudah semestinya penilaian sy pada ibunda sy tercinta...

Terdetik di hati sy utk menyatakan betapa besarnya pengorbanan dan jasa insan yg kuat ini..allahurabbi..

Hari ini sy ingin ceritakan beberapa jasa beliau yg sy amat kagumi.. sy lebih selesa bercerita dgn menggunakan perkataan yg lebih dekat dgn jiwa sy.. memanggil ibunda tercinta dgn panggilan  'Ma'

Sy mempunyai seorang ibu yang sgt rajin,kuat dan penyayang.. Ma seorang surirumahtangga sepenuh masa..sy amat mengagumi beliau.. even Ma is not an educated person but i'm really respect her.. 

Permulaan harian Ma seawal 5 pagi, malah ada lebih awal dari itu.. Ma akan memulakan paginya dengan solat malam... selepas menunaikan solat malam, aktiviti Ma akan tertumpu di bahagian dapur pula bagi menyediakan sarapan pagi utk anak2 dan suami..

Seusai solat subuh, Ma akan menguruskan uruspakai adik2 ke sekolah.. memastikan adik2 menyusun jadual sekolah... memastikan kelengkapan peralatan sekolah.. memastikan adik2 makan sarapan walaupun kadang2 terpaksa sabar dengan kerenah mereka yang tak ada selera makan.. itulah Ma..

Ma akan mengiringi adik2 turun utk kesekolah sehingga kelibat mereka hilang.. tugas menghantar adik2 ke sekolah diambil oleh ayah tercinta..

Aktiviti Ma tidak terhenti disitu.. Ma akan meneruskan dengan aktiviti mengemas rumah.. bila tiba waktu Dhuha, Ma akan dahulukan Dhuha.. selepas selesai solat Dhuha, Ma akan berhempas pulas mengemas rumah, menyapu sana-sini, membuang sampah, membasuh baju, memasak..itulah Ma.

Setibanya tengahari mencecah..Ma mula gelisah menunggu kepulangan adik... adik diambil oleh sepupu.. selagi adik tak balik, selagi itu Ma akan gelisah.. itulah Ma..

Setelah adik pulang, Ma akan bawa adik pergi mengaji quran.. dan pada petangnya Ma akan menanti kepulangan ayah.. menyediakan makanan utk ayah.. itulah Ma..

Seusai malamnya, Ma akan mengambil peluang utk menggosok baju ayah dan adik.. dan memastikan adik2 tidur awal..itu lah Ma..

begitulah serba sedikit perjalanan hidup seharian Ma..tapi ini hanya sekadar aktiviti harian ma.. kalau nak diceritakan sifat keibuan, sangat lah panjang dan kadang2 tak terucap dgn kata2, tidak terungkap dgn tulisan..

Cuma, ingin diceritakan disini.. ibulah orang yg paling gelisah jika kita menghadapi masalah.. ibulah yg paling sedih jika kita sedih...ibulah yg paling bahagia jika kita bahagia...

Ibu akan cuba sedaya upaya utk anak2 dan suami.. ibu tidak kisah jika dia yang sakit.. ibu akan kisah jika kita yang sakit..allah... respect all moms in the world...

Tiada yg dapat menggantikan takhta seorang ibu didunia ini.. semoga ibu2 mendapat rahmat ALLAH sentiasa.. pengorbanan ibu terbaik!!











Sunday, 20 July 2014

Masalah mematangkan kita :)

Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah...syukur kehadrat ILAHI kerana diberikan peluang utk sy menaip hari ni..sudah sekian lama mencari waktu dan mood, alhamdulillah hati dan tangan ini tergerak utk menaip.. mungkin disebabkan hr ni besday sy? hehe..mungkin.

baiklah.. hari ni sy nk kongsi sedikit berkenaan satu frasa ini yg dimana selalu kita dengar iaitu..' masalah boleh mematangkan kita'. mungkin kalian pernah mendengarnya bilamana kita ditimpa musibah, tentu akan ada individu2 tertentu menasihati kita dgn frasa ini..

ya, sy pernah mengalaminya... bila ada sahaja masalah, mesti org akn pesan macam tu, sehinggakan sy rasa dah lali dgn ayat tu.. tapi, sebenarnya..frasa ini telah membuat sy terfikir sejenak. sebelum ini sy hanya ambil endah tak endah shj.. sy mula berfikir sejak sy mengalami krisis pembayaran yuran di salah sebuah IPTA dimana tempat sy belajar.. jumlah yuran yg sy kena bayar amat tidak relevan..ad beberapa komponen yang dikenakan bayaran utk sy padahal komponen itu tidak sepatutnya sy bayar.. ini benar2 menguji personaliti sy yg berwarna biru. Rentetan daripada hal sedemikian, sy terpaksa naik turun canselori bagi menyelesaikan masalah ini..Allah, sgt teruji.. sedang elok masa tu adalah study week.. sy habiskan half week to settle this rudeness things i guess. Lagi menguji kesabaran bilamana bahagian pentadbiran sendiri saling menyalahkan antara satu sama lain. ( unit akademik dan unit bendahari) 

Mungkin akan tertanya-tanya, apa kesannya? dimanakah yang dikatakan matang?
baiklah..  sejujurnya, sebelum ini sy merupakan seorang pengecut mungkin. seorang agak malu dan takut untuk berurusan tambah2 apabila melibatkan golongan atasan.. tapi, dengan adanya ujian sebegini.. sy mampu untuk melakukan hal sedemikian tanpa segan silu lagi.. sehinggakan tidak pernah sebelum ini sy mengutarakan apa2 soalan pun apabila melibatkan majlis yg dihadiri org ramai. tapi, dengan adanya krisis ini, sy mampu menanyakan soalan ditengah-tengah org ramai..yang lebih mengejutkan bilamana diskusi itu dihadiri vip2 kehormat. Alhamdulillah..tidak lain kekuatan itu datangnya dari ALLAH..Dia lah yg memberi kekuatan kpd sy utk gagah berdiri bg menuntut hak dan menegur sistem pentadbiran.. cuma, sometimes sy terfikir, adakah disebabkan duit sbnrny yg membuatkan sy tegar menuntut bela? ada kemungkinan..

Jadi, sesuailah firman ALLAH dalam surah AL-BAQARAH ayat 286,
''ALLAH tak akan menguji hambaNya diluar kemampuan dirinya.."

Starting from that, i'm always remember and try to think positive for every problem i have to facing is..percayalah, disebalik masalah itu, Allah selitkan rahmat.. begitulah cara ALLAH mendidik kita.. jika kita meneliti sirah baginda Nabi Muhammad s.a.w sekalipun, ALLAH mendidik kekasihNya dengan ujian.. ujian yg lagi dasyat.. sebab itulah baginda menjadi insan yang paling mulia..jadi, sy menyeru kpd kalian dan diri sy sendiri..jangan cepat melatah dengan ujian yg ALLAH berikan kepada kita..terima lah dengan hati terbuka n the most important things, think positive,. That's it! 

sekadar itu dari sy..harap dapat memberi inspirasi kepada anda yang membaca..semoga mendapat rahmat ALLAH di dunia wal akhirat..amiin..wallahualam

#pray for GAZA
#Pray for MH17

Sunday, 11 May 2014

aku yang sensitif

aku yang sensitif. ya, mungkin ada  golongan 'kebal' akan menemplak statement ini.. alah, buat apa nk sensitif, tak cool lah macam ni.. sebenarnya dalam hidup ini kita memang tak lari dengan perkara yang melibatkan emosi..kita diciptakan memang mempunyai emosi.. jadi, x normal lah org yg xde emosi.. perbezaan emosi seseorg itu berdasarkan warna dominan dalam diri mereka...BIRU, warna yg  dikaitkan dengan emosi.. mana2 individu yg warna dominannya warna biru sbnrnya individu tersebut mudah terpengaruh dgn emosi..sedih, gembira, touching and so on.. dalam diri kita ni ad 4 warna berbeza iaitu EMAS, HIJAU, BIRU dan JINGGA.. warna2 inilah yg menentukan  personaliti seseorang..yg mana paling dominan, yg tu lah dianggap personaliti kita..mcm mana nk tau kita dominan warna apa? haa. yg tu kne pergi jumpa kaunselor. in shaa allah next time sy cuba utk kongsikan ciri2 individu BIRU..wallahualam..barakallah

Monday, 10 February 2014

SEDIKIT RINGKASAN 2 KALIMAH SYAHADAH

Assalamualaikum..
hari ini sy nk kongsi sikit apa yg sy dapat drp ceramah Dr.Abdullah Yasin berkaitan 2 kalimah syahadah...

.mungkin kbnyakan dr kita kurang tahu atau kdg2 terlepas pandang disebalik maksud sebenar 2 kalimah syahadah لا اله الا الله محمد رسول الله

Baiklah,seperti yang kita tahu..dalam kalimah syahadah mengandungi 2 kalimah persaksian..yakni 2 syahadah..

syahadah pertama : اشهد ان لا اله الا الله (aku bersaksi tiada tuhan yg disembah melainkan ALLAH)

syahadah kedua : اشهد ان محمد رسول الله (aku bersaksi nabi Muhammad pesuruh ALLAH)


-Syahadah pertama ialah berkaitan dgn AKIDAH yakni (iman), manakala Syahadah kedua berkaitan dgn SYARIAH yakni (peraturan dalam amal)

-Perlu diingatkan bahawa syahadah pertama ni sama untuk semua umat manusia...semua nabi2 terdahulu membawa akidah yg sama iaitu Allah  lah yg layak disembah..tapi pd syahadah kedua berbeza utk setiap nabi dan rasul.. sbg contoh, kita sbg umat nabi muhammad, diwajibkan utk bersyahadah atau bersaksi bahawa nabi muhammad sbg pesuruh ALLAH..bermaksud, kita hanya boleh ikut syariat baginda sahaja..MELAINKAN yg telah direkemenkan oleh nabi sendiri contohnya pensyariatan berkhatan, kalau ikut sejarah berkhatan sbnrnya asal drp pensyariatan nabi ibrahim lagi..

wallahualam..;)

Tuesday, 14 January 2014

Salam Maulidurrasul :)



Salam Maulidurrasul jami'an...buat entry kali ni sukacita sy ingin memaparkan tentang cinta kita sbg umat islam kpd penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w..tapi post kali ni sy jadikan karya kawan sy sbg mengisi ruang blog sy..yang sy kira beliau cukup berpengelaman dalam menghasilkan artikel..yuk, sama2 kita hayati...allahummasolli ala sayyidina muhammad..


MaulidurRasul, Sebuah Hamparan Cinta

Menyentuh mengenai bab ini, ia sebenarnya terlampau besar dan mendalam untuk dihuraikan samada secara khusus mahupun perkara-perkara sampingan yang berkaitan. Apatah lagi ramai yang dilihat menghukum sambutan maulidurrasul sekian dan sekian.  Namun pesanan buat diri dan sahabat semua, biarlah kita berlapang dada dalam hal ini. Apatah lagi bila melihat kepada banyaknya isu yang sepatutnya disentuh lebih dalam pada zaman kontemporari ini. Mengenai konsep perniagaan yang halal, mengenai isu zina yang melampau, isu tarbiah anak yang kian melampau dan beberapa isu lain. Usahlah kita terus menerus mengalirkan masa dalam isu polemik yang diada-adakan.

Persoalan Bahasa: Maulid atau Maulud?
Ramai yang keliru dengan penggunaan maulud dan juga maulid. Maulud membawa maksud “bayi” manakala maulid pula membawa maksud “hari kelahiran”. Jadi penggunaan kata yang sebenar dalam hal ini adalah “Maulidurrasul” yakni “Hari Kelahiran Rasulullah SAW”.
Menurut kitab Rahiq Makhtum karangan Safiyyurrahman al-Mubarakfuri, “Rasulullah dilahirkan di perkampungan Bani Hashim di Mekah pada hari Isnin 12 Rabiulawal di permulaan Tahun Gajah bersamaan 20 atau 22 April tahun 571 Masihi menurut perkiraan ulama’ Sulaiman al-Mansurpuri dan dikuatkan oleh ahli falak Mahmud Basya”

Kepentingan Yang Kian Dilupai
Andaikata kita ditanya, “Siapa nama datuk kamu?”.
Mungkin kita masih mampu menjawab bersama kisah kehidupannya sekali.
Namun andaikata kita ditanya lagi, ”Siapa nama datuk kepada moyang kamu? Macam mana kisah hidup beliau? Bila dia meninggal?”
Barangkali kita pada waktu itu akan mula terkaku keliru. Dan juga sekurang-kurangnya bermonolog sendiri, “Perlu ke aku ingat soal individu yang telah jauh dariku sedemikian rupa?”
Monolog itu boleh terjadi kerana kita tidak merasakan individu itu dekat dengan kita. Kita tidak merasakan individu itu terlampau penting bagi kita. Dan kita tidak merasakan individu itu mampu mengubah sebarang perkara bagi kita.
Bila beralih kepada Rasulullah SAW, ceriteranya berbeza.
Insan yang bernama Muhammad bin Abdullah ini merupakan satu individu yang amat jauh bezanya. Tatkala kematian kita nanti, kita akan ditanya mengenainya. Tatkala kebangkitan kita nanti, masih ditanya mengenai Baginda. Bahkan tatkala dikumpul di Padang Mahsyar, kita semua bertebaran mencari susuk tubuh individu yang hebat ini untuk mencapai syafaat darinya. Kerana Baginda amat penting bagi kita dan secara lahiriahnya, merupakan individu yang amat memberi kesan besar kepada kita sama ada ketika ini mahupun saat selepas kematian nanti.

Bila mana disebut sebaik baik makhluk (bukan manusia), sesempurna makhluk, setinggi-tinggi kebaikan makhluk, semuanya terkumpul dalam diri Nabi Muhammad.

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”-Al-Anbiya’:107

Adanya Nabi Muhammad, menyebabkan kita mampu menumpang tuah.

Lantas, masih pelikkah sekiranya individu ini disambut dimana-mana?

Ketika mana dikaitkan bahawa sambutan ini tidak dilakukan ketika zaman Rasulullah, kita perlu memahami bahawa ketika itu, para sahabat terlalu rapat dengan Rasulullah, terlalu memahami gerak geri Rasulullah dan kecintaan mereka itu menyebabkan tidak ada benda yang mampu menghilangkan memori mereka dengan Rasulullah.
Namun jarak waktu kita dengan Rasulullah terlampau jauh. Dan tarikh yang terlalu jauh menyebabkan ulama memulakan sambutan ini tujuannya agar mengembalikan kekuatan ingatan kita kepada Rasulullah dan sirahnya dan dalam masa yang sama, membawa kita muhasabah mengenai penghujung kita.

Biarkan sahaja jarak yang semakin menjauh. Usah mempengaruhi kecintaan kita yang semakin menebal.

Manifestasi Sebuah Rasa Cinta
Satu kisah ketika mana Rasulullah bangun berqiamullail, seorang sahabat yang bangun lebih awal terus mengambil cerek air bagi menuangkan kepada Rasulullah untuk urusan wuduknya.
Seusai Nabi mengambil wuduk, Baginda berkata, "Mintalah pada aku sekarang, kamu nak apa pada aku sekarang?".
Sahabat tersebut berkata kepada Baginda, "Ya Rasulullah, doakan agar aku dapat menemani kamu dalam syurga . Aku mahu sekali untuk duduk berteman dengan kamu sehingga syurga".
Lalu Rasulullah SAW menjawab, "Tolonglah aku untuk membantu kamu dengan memperbanyakkan selawat kepada aku sepanjang kehidupan kamu”.

Andai benar kita mengatakan kita mencintai Rasulullah, apa tindakan yang boleh dibanggakan didepan Baginda nanti? Ataupun kecintaan itu sudah dirasakan mencukupi dengan meluahkan melalui kotak suara? Jika benar itu nilai cinta, alangkah murahnya.

Bukti kecintaan ini, pelbagai aspek yang boleh diperbaharui. Pelbagai medium yang boleh dikecapi bersama. Namun bukti kuat dalam menentukannya, adakah kita bersedia membawa risalah dakwah Rasulullah SAW? Persoalan mengenai perjuangan Rasulullah ini membuatkan ramai yang lalai alpa. Kerana ia soal yang melibatkan tapisan dari Allah SWT.
Abu Talib, bapa saudara Baginda sendiri, tidak dipilih oleh Allah SWT. Sedangkan kecintaannya kepada Rasulullah, amat menebal. Setebal jarak langit dan bumi mungkin. Namun tetap juga tidak bersama dalam perjuangan Rasulullah.
Masih segar kata-kata Baginda kepada Abu Talib, "Wahai pakcik, sekiranya mereka mampu menarik matahari dan meletakkan di tangan kanan aku dan mampu menarik bulan bintang di tangan kiri aku agar aku berhenti dari menyebut mengenai Islam, aku takkan berhenti melainkan Allah sendiri menghalang aku dari jalan ini".
Manakala kita pula, masih bersenang lenang diatas katil. Dan bersenang senang didepan laptop. Masih pula tegar memberi kata nista tentang sambutan hari kelahiran Baginda.

Wujudkah Nabi Muhammad di hati kita?

Kesimpulan: Agar Cinta Yang Dituai. Bukan Alpa.

Jika setiap ciptaan yang dijadikan, hatta yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran Baginda SAW dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jin Islam bergembira di atas kelahiran Baginda SAW, maka mengapa tidak kita?

Namun perlu diingati, jika mana pada bulan Ramadhan dulu, kita disuruh beramal bukanlah maksudnya berakhirnya bulan Ramadhan, kita dibenarkan untuk bergelak ketawa, lalai alpa. Sedangkan sebenarnya, ia sebagai satu catalyst agar 11 bulan yang mendatang diteruskan dengan amal.

Begitu juga dengan sambutan Maulidurrasul. Tidak dipanggil tujuan jika hasratnya hanya untuk mencintai sehari dua. Namun biarlah kecintaan dan ingatan kepada Nabi itu diteruskan di bulan yang lain. Maulid yang disambut, biar mendekatkan kita kepada Baginda. Agar kecintaan itu bukannya berputik dan berbunga di bulan Rabiul Awal sahaja. Agar kecintaan itu terus mewangi di sepanjang usia kehidupan.

Ya Allah, aku memohon kata cintaku kepada Allah dan Rasul tidak menjadi satu lafaz kaku, seperti mana khayalan yang nyata palsu.

Ya Muhammad, dimanakah pula tempat kami di sisimu?
Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan.
Moga tatkala menjelang kematian, jiwa yang sejahtera dapat kami hamparkan.



*Disini dekepilkan bersama 2 fatwa mengenai sambutan Maulidurrasul oleh 2 ulama’ muktabar yang dirasakan sudah mencukupi buat pegangan kita bersama.

1)      Imam Al-Hafiz As-Suyuti (digelar Syeikhul Hadis) dan Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani (digelar Syeikhul Islam dan Ketua Para Qadhi)

Imam As-Suyuti menaqalkan tentang hukum menyambut Maulid Nabi SAW oleh gurunya sendiri iaitu Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani ketika ditanya tentang hukum maulid maka beliau menjawab:

وقد سئل شيخ الإسلام حافظ العصر أبو الفضل بن حجر عن عمل المولد فأجاب بما نصه: أصل عمل المولد بدعة لم تنقل عن أحد من السلف الصالح من القرون الثلاثة ولكنها مع ذلك قد اشتملت على محاسن وضدها فمن تحرى في عملها المحاسن وتجنب ضدها كان بدعة حسنة وإلا فلا

Ertinya: “Asal melakukan maulid adalah bid'ah, tidak diriwayatkan dari ulama salaf dalam tiga abad pertama, akan tetapi didalamnya terkandung kebaikan-kebaikan dan juga kesalahan-kesalahan. Barangsiapa melakukan kebaikan-kebaikan(seperti zikir, selawat, dakwah, majlis ilmu, baca sirah) di dalamnya dan menjauhi kesalahan-kesalahan(seperti ikhtilat, membazir, maksiat, konsert dll), maka ia telah melakukan bid'ah yang baik (bid'ah hasanah)(boleh buat) tetapi jika tidak menjauhi kesalahan-kesalahan, maka tak boleh dilakukan.."

( Lihat Al Hawi Lil Fatawa, As Suyuthi, 1/282, Maktabah Asy Syamilah)


2)      Dr. Yusuf al-Qaradhawi ( Pengerusi Persatuan Ulama’ Sedunia)

Adapun golongan yang terasing daripada memahami fiqh Islam yang luas, yang menganggap maulid ini secara mutlaknya adalah bid’ah yang sesat, fahaman ini ditolak secara khusus oleh institusi al-Azhar dan para ulama’ Al-Azhar. Bahkan, Al-Azhar berlepas tangan daripada fahaman dan pandangan ini.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi juga pernah berkata:

هناك من المسلمين من يعتبرون أي احتفاء أو أي اهتمام أو أي حديث بالذكريات الإسلامية، أو بالهجرة النبوية، أو بالإسراء والمعراج، أو بمولد الرسول صلى الله عليه وسلم، أو بغزوة بدر الكبرى، أو بفتح مكة، أو بأي حدث من أحداث سيرة محمد صلى الله عليه وسلم، أو أي حديث عن هذه الموضوعات يعتبرونه بدعة في الدين، وكل بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار، وهذا ليس بصحيح على إطلاقه، إنما الذي ننكره في هذه الأشياء الاحتفالات التي تخالطها المنكرات، وتخالطها مخالفات شرعية وأشياء ما أنزل الله بها من سلطان، كما يحدث في بعض البلاد في المولد النبوي وفي الموالد التي يقيمونها للأولياء والصالحين، ولكن إذا انتهزنا هذه الفرصة للتذكير بسيرة رسول الله صلى الله عليه وسلم، وبشخصية هذا النبي العظيم، وبرسالته العامة الخالدة التي جعلها الله رحمة للعالمين، فأي بدعة في هذا وأية ضلالة ؟!

Maksudnya:

“Di sana ada dalam kalangan orang-orang Islam yang mengira bahawa memuliakan, mengambil berat atau upacara mengingati peristiwa-peristiwa keislaman, hijrah nabawiyyah, isra’ mi’raj, maulid al-Rasul shollallahu ‘alaihi wasallam, perang badar kubra, fath makkah atau apa sahaja peristiwa daripada persitiwa sirah Muhammad shollallahu ‘alaihi wasallam atau apa sahaja peristiwa dalam bab-bab ini, maka mereka mengira bahawa ia adalah bid’ah dalam perkara agama, sedang semua bid’ah adalah kesesatan dan semua kesesatan adalah neraka. Ini adalah pandangan yang tidak benar sama sekali. Adapun apa yang kami ingkari pada perkara-perkara ini adalah perayaan-perayaan yang dicampuri oleh perkara-perkara mungkar, bercampur padanya perkara-perkara yang menyalahi syarak yang mana Allah s.w.t. tidak menurunkan bukti mengenainya sama sekali seperti yang berlaku di sesetengah negara pada al-Maulid al-Nabawi dan maulid yang mereka dirikan untuk para wali dan orang-orang soleh. Akan tetapi, jika kita mengambil peluang tersebut (maulid Nabi shollallahu ‘alaihi wasallam) untuk memperingati sirah Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam, dan memperingati tentang keperibadian Nabi yang agung ini shollallahu ‘alaihi wasallam, tentang risalah umum dan kekal yang dijadikan sebagai rahmat untuk seluruh alam ini, maka apa bid’ahnya dalam perkara ini dan apa yang sesat?

Beliau juga ada berkata:

"
وكانوا يحيون مع الرسول صلى الله عليه وسلم، كان الرسول صلى الله عليه وسلم حياً في ضمائرهم، لم يغب عن وعيهم فلم يكونوا إذن في حاجة إلى تذكّر هذه الأشياء.

"Dan adalah mereka(para sahabat) hidup bersama Rasulullah SAW dan adalah Rasul SAW hidup dalam jiwa-jiwa mereka, tidak hilang dari fikiran mereka.. Maka mereka tidak memerlukan peringatan dalam perkara ini...”

Beliau berkata lagi: "Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah.

"Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati”