Saturday, 29 August 2015

Rindu

Rindu. Tahun bergantian. Terdapat banyak sangat perbezaan kanak-kanak dulu dan sekarang. Aku mengatakan dari sudut pandang seseorang yang pernah melewati zaman hingusan di kampung. Aku bersyukur kerana ditakdirkan oleh Allah dibesarkan di kampung walaupun pernah setahun menjalani kehidupan di luar negeri. Benar. Aku amat merindui zaman kanak-kanakku. Walau ianya nampak agak nakal disisi orang dewasa. Normal. Itulah hakikatnya. Dikampung aku dapat mengenal hidup bersosial. Bersosial kearah merapatkan ikatan persaudaraan. Tidak kiralah samaada persaudaraan anak beranak atau persaudaraan seagama. Dikampungku yakni di depan rumah nenekku mempunyai sawah dan parit. Disitulah tempat kami bermain. Berlainan jantina tidak kami hiraukan kerna ketika itu masih hingusan, tidak kenal apa itu erti batasan pergaulan apatah lagi erti percintaan. Hidupku lebih tertumpu kepada sepupu-sepupu disebabkan kerana rumah-rumah kami berdekatan. Cukuplah hanya dengan sepupu-sepupu bagi menubuhkan satu 'team' untuk bermain. Aktiviti parit yang selalu kami luangkan ialah menangkap ikan. Penapis-penapis buruk di sekitar rumah nenek kami selongkar. Kami redah sahaja untuk dijadikan alat tangkapan. Dicarinya cacing atau belalang sebagai umpan untuk ikan todak, ikan puyu, ikan haruan dan bermacam lagi. Dari yang kecil sehinggalaah yang besar. Mendapat tangkapan seolah memberi satu kemenangan pada kami yang harus dibanggakan. Ianya lagi menyeronokkan bilamana musim kemarau, dikala air parit sedikit surut. Dikalanya kami melepak di pangkin bertentangan dengan parit di bawah rimbunan pohon manggis. Disaat petang yang tenang berselingan dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, kami berkongsi cerita sambil menjamu buah-buahan sebagai pelengkap. Dicicah dengan rojak yang dibuat sendiri. Alangkah bahagianya saat ini. Tidak lupa juga dengan pak cik yang selalu menjual ais krim dengan motor tunggangannya. Pilih saja mahu beli yang mana, samaada roti atau kon? Semuanya ada. Itulah yang selalu menjadi keseronokkan pada kami kanak-kanak. Mulalah menanam tebu dibibir mulut dihadapan ayah dan ibu. Motifnya supaya diberikan sedikit wang untuk dilepaskan gian yang kian berasak. Dihujung minggu, aku pernah menolong nenekku menjual siput. Ditolaknya bersama kereta sorong yang diisi dengan beberapa plastik siput yang ditimbang berat yang sekata. Dijaja mengelilingi kampung. Gembira melihat bilamana ada yang membeli. Sehingga jualan langsung habis. Penat lelah menjaja itu hilang dengan sendirinya. Itulah satu kepuasan bagi seorang penjual. Alhamdulillah. Disaat matahari mula menghilang. ramai jiran-jiranku, sepupu-sepupu berkumpul dirumah nenek bagi menghadiri kelas mengaji yang diajar sendiri oleh nenekku. Ada yang masih membaca muqaddam, ada yang sudah beralih kepada Al-quran. Masing-masing berlumba untuk cepat beralih bacaan. Indahnya. Tapi ada juga kadang-kadang cuba untuk mengelat dek kerana desakan nafsu untuk bermain. Begitulah pusingan hidup aku sebagai kanak-kanak yang tinggal dikampung dikala dulu. Semakin hari semakin pudar keseronokkan itu. Semakin hari semakin luntur kehidupan itu dek kerana masa yang membawanya pergi. Dek kerana hidup beralih kedunia moden. Rencah sudah berbeza. Mungkin masih ada kehidupan itu, tapi ianya sudah tidak sama. Zaman kini kanak-kanak tidak kenal bakat menangkap ikan, tidak mengetahui hidup bergaul. Diajar dengan teknologi yang tidak hanya menutup pintu bersosial zahiriah malah membentengi mereka hidup diatas kaki sendiri. Aku tidak memukul rata, tapi begitulah realiti. Sungguh. Aku benar-benar merindui zaman itu. Tapi mana mungkin masa mudaku dikembalikan. Pepatah arab ada menyebut 'ليت الشباب يعود يوما

Wednesday, 29 April 2015

Nusrah ALLAH terhadap hambaNYA



“Dini, akak kena pergi awal ke kampus.”

Sepi.

“Dini, dengar tak?”

Sepi lagi.

“Dini!” kakakku memanggilku dengan nada agak tinggi.

“Ya.. dini dengar lah kak..” sambil jari swipe  skrin fon yang yang tidak bernyala.

Sepi aku sebenarnya bukan menunjukkan aku tidak rela pemergian kakakku ke kampus. Tapi, sepi aku menandakan aku sedih sebab aku juga terpaksa ikut balik awal ke kampus kerana kami berada dibawah satu naungan kampus yang sama. Itulah perkara paling yang aku tidak suka jika sekiranya adik-beradik berada dibawah institusi pengajian yang sama.

Takdir. Siapa kita untuk menghalangnya.

Kakakku terpaksa balik awal ke kampus kerana ada projek kumpulan yang perlu disiapkan. Sedang aku? Jujur aku tidak bersedia lagi untuk balik awal ke kampus memikirkan banyak benda yang aku kena buat  jika berada di kampus, sehingga perkara-perkara tersebut membuatkan aku rasa down dan hendak berehat lebih lama dirumah. Aku tidak mahu serabutkan fikiran aku.

Di kampus..

Tugas aku kembali sibuk. Sedang kawan-kawan masih dirumah, Aku pula ditugaskan untuk memegang taklifan salah satu  program dakwah anjuran  Wira Consultant. Satu taklifan yang agak berat dan memerlukan pengorbanan dari sudut tenaga dan juga masa. Tidak normal hidup jika tidak ada rasa tekanan apabila bergerak kerja. Cuma atas diri sendiri macam mana hendak mengatasinya dengan akal fikiran yang waras. Tidak hairan jika ramai orang diluar sana yang tidak berpegang kepada keimanan sebenar akan bertindak diluar kewarasan akal.

Tiba-tiba aku teringat akan sejarah seorang tokoh artistik barat yang berasal dari  Amerika  bernama Kurt Donald Cobain dengan pengakhiran hidupnya  dengan bunuh diri. Antara salah satu faktornya adalah kerana tertekan disebabkan karyanya banyak di salahtafsirkan oleh umum dan sentiasa menjadi subject tarikan media. Sekiranya aku ini tidak berpegang pada asas agama iaitu akidah islam, boleh jadi aku juga akan mengambil tindakan yang sama seperti Cobain. Nauzubillah.

“Alhamdulillah...” aku melafazkan tahmid sebagai tanda syukur kerana aku mendapat nikmat iman dan islam. Itulah sebenarnya nikmat besar yang sepatutnya umat islam harus syukuri. Dengan adanya iman, perjalanan hidup kita lebih bermakna.

Perkara yang membuatkan aku tertekan juga sebenarnya adalah kerana  aku juga memegang jawatan penting dalam persatuan anak negeri di kampus. Dalam masa terdekat kami perlu run program tahunan. Memerlukan komitmen yang besar disitu. Allah.. tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sehari sebelum kuliah bermula.

“Dini, esok ada pop kuiz kan? “ mesej whatsapp dari sahabat aku asma’.

“Haa.. are you serious?” aku membalasnya.

Aku terkejut ada pop kuiz esoknya. Aku memang tak ulangkaji apa-apa pun. Tekanan aku sedikit meningkat. Mana tidaknya, pop kuiz tu pukul 8.00 pagi. Sekarang aku berada ditempat program lagi.Allahu..

Aku mengharapkan asma’ balas balik mesej aku supaya aku dapat minta dia hantarkan nota kepadaku. Sekurangnya aku ada sedikit input. Tapi harapan aku meleset. Mesej kekal dengan satu tick sahaja, membawa maksud mesej itu tak diterima pun oleh asma’.

Tidak hairan kalau hanya satu tick sahaja, sebab mesej yang dihantar oleh asma’ jam 5.13pm. sedangkan aku membaca dan membalasnya jam 1.58am. ofcourse  she already sleep on that time. Pasrah

Bukan sengaja tak nak online whatsapp tapi disebabkan kekangan urusan yang perlu diselesaikan itulah membuatkan aku terpaksa online lewat malam bagi memeriksa mesej-mesej yang masuk.
Aku sedih. Aku membayangkan markah pop kuiz aku esoknya.

“Mesti banyak yang kosong ni..” aku bermonolog sendirian. Hah, satu sikap negatif aku yang sudah lama berlumut dalam diri. Pessimist

Aku terlelap begitu sahaja dek kerana penat yang melampau.

________________________________________________________________________________
Keesokannya..
Dalam dewan kuliah.
“waa...macam mana ni., tak revise pun subjek ni.. nak jawab macam mana?”
“haih, tak boleh jadi ni, I need to do something” aku bermonolog .

Aku gunakan masa keterlambatan lecturer  30minit masuk dewan itu untuk aku ulangkaji sedikit sebanyak yang termampu. Rezeki namanya tu.

Tapi dalam hati aku, aku masih mengharapkan agar pop kuiz itu tidak dilangsungkan hari ini.
Lecturer masuk. Berkecai harapan. Tanpa membuang masa lagi lecturer terus edarkan kertas.
Tengok soalan. Allah! Langsung tak masuk apa yang aku ulangkaji tadi. Sedikit terkilan.
Aku apa lagi. Redha, pasrah dan tawakkal sahaja yang mampu. Guna pemahaman yang ada selama ini sahaja.
Tidak kisah lah dapat berapa pun, yang penting aku dah usaha. Chill

Tiga soalan aku biarkan tidak terjawab. Memang aku tidak tahu jawapannya. Yang lain aku agak-agak sahaja. Betul atau tidak aku serah kepadaNya.

Seperti biasa, selepas selesai menjawab kami diminta untuk memeriksa kertas jawapan kawan-kawan yang lain. Satu persatu kami tanda kertas jawapan. Sambil memeriksa, aku cuba bandingkan jawapan aku tulis tadi dan didapati jawapan yang aku tulis tu banyak yang betul. Aku ibarat tidak percaya.

“Dini, jangan perasan sangat kau banyak betul, syok sendiri je tu” aku berkata dalam hati. Again. Pessimist perception. Huh

Then, tiba masa lecturer menanyakan markah-markah yang student dapat. lecturer bertanya sesiapa yang mendapat highest mark in our hall. And one of us raise her hand. She was mentioned my matric number. I am very shocked.  I am the only one.! Unbelievable.

Hanya ucapan Alhamdulillah yang aku mampu ucap disaat itu. Aku terpinga. Manakah mungkin dalam lecture hall yang besar tu hanya aku yang dipilih oleh ALLAH untuk mendapat nikmat ini? Sedangkan persediaan aku hanya lah sedikit berbanding daripada sahabat-sahabat lain yang majoritinya tidak terikat dengan mana-mana komitmen.
KehendakNya. Siapa aku untuk mempersoalkannya?.

Dari situasi itu aku mula mengerti bahawa memang benarlah janji Allah dalam surah Muhammad ayat 47 yang berfirman “ Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama ALLAH , nescaya ALLAH akan menolong kamu dan menegakkan pendirian kamu

Jadi, tidak perlu ditakutkan lagi jika diri terbeban dengan tanggungjawab dakwah, ALLAH pasti akan mudahkan setiap urusan kita serta menolong kita mengikut keperluan. Kita hanya perlu yakin sahaja dengan janji-janjiNYA. Terima kasih ya ALLAH!