“Dini, akak kena pergi awal ke kampus.”
Sepi.
“Dini, dengar tak?”
Sepi lagi.
“Dini!” kakakku memanggilku dengan nada agak tinggi.
“Ya.. dini dengar lah kak..” sambil jari swipe skrin fon yang yang tidak bernyala.
Sepi aku sebenarnya bukan menunjukkan aku tidak rela
pemergian kakakku ke kampus. Tapi, sepi aku menandakan aku sedih sebab aku juga
terpaksa ikut balik awal ke kampus kerana kami berada dibawah satu naungan
kampus yang sama. Itulah perkara paling yang aku tidak suka jika sekiranya adik-beradik
berada dibawah institusi pengajian yang sama.
Takdir. Siapa kita untuk menghalangnya.
Kakakku terpaksa balik awal ke kampus kerana ada projek
kumpulan yang perlu disiapkan. Sedang aku? Jujur aku tidak bersedia lagi untuk
balik awal ke kampus memikirkan banyak benda yang aku kena buat jika berada di kampus, sehingga
perkara-perkara tersebut membuatkan aku rasa down dan hendak berehat
lebih lama dirumah. Aku tidak mahu serabutkan fikiran aku.
Di kampus..
Tugas aku kembali sibuk. Sedang kawan-kawan masih dirumah, Aku
pula ditugaskan untuk memegang taklifan salah satu program dakwah anjuran Wira Consultant. Satu taklifan yang agak berat
dan memerlukan pengorbanan dari sudut tenaga dan juga masa. Tidak normal hidup
jika tidak ada rasa tekanan apabila bergerak kerja. Cuma atas diri sendiri
macam mana hendak mengatasinya dengan akal fikiran yang waras. Tidak hairan
jika ramai orang diluar sana yang tidak berpegang kepada keimanan sebenar akan
bertindak diluar kewarasan akal.
Tiba-tiba aku teringat akan sejarah seorang tokoh artistik
barat yang berasal dari Amerika bernama Kurt Donald Cobain dengan pengakhiran
hidupnya dengan bunuh diri. Antara salah
satu faktornya adalah kerana tertekan disebabkan karyanya banyak di
salahtafsirkan oleh umum dan sentiasa menjadi subject tarikan media. Sekiranya
aku ini tidak berpegang pada asas agama iaitu akidah islam, boleh jadi aku juga
akan mengambil tindakan yang sama seperti Cobain. Nauzubillah.
“Alhamdulillah...” aku melafazkan tahmid sebagai tanda
syukur kerana aku mendapat nikmat iman dan islam. Itulah sebenarnya nikmat
besar yang sepatutnya umat islam harus syukuri. Dengan adanya iman, perjalanan
hidup kita lebih bermakna.
Perkara yang membuatkan aku tertekan juga sebenarnya adalah
kerana aku juga memegang jawatan penting
dalam persatuan anak negeri di kampus. Dalam masa terdekat kami perlu run
program tahunan. Memerlukan komitmen yang besar disitu. Allah.. tuhan sahaja
yang tahu perasaan aku ketika itu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sehari sebelum kuliah bermula.
“Dini, esok ada pop kuiz kan? “ mesej whatsapp dari sahabat
aku asma’.
“Haa.. are you serious?” aku membalasnya.
Aku terkejut ada pop kuiz esoknya. Aku memang tak ulangkaji
apa-apa pun. Tekanan aku sedikit meningkat. Mana tidaknya, pop kuiz tu pukul
8.00 pagi. Sekarang aku berada ditempat program lagi.Allahu..
Aku mengharapkan asma’ balas balik mesej aku supaya aku dapat
minta dia hantarkan nota kepadaku. Sekurangnya aku ada sedikit input. Tapi
harapan aku meleset. Mesej kekal dengan satu tick sahaja, membawa maksud
mesej itu tak diterima pun oleh asma’.
Tidak hairan kalau hanya satu tick sahaja, sebab mesej yang
dihantar oleh asma’ jam 5.13pm. sedangkan aku membaca dan membalasnya jam
1.58am. ofcourse she already
sleep on that time. Pasrah
Bukan sengaja tak nak online whatsapp tapi disebabkan
kekangan urusan yang perlu diselesaikan itulah membuatkan aku terpaksa online
lewat malam bagi memeriksa mesej-mesej yang masuk.
Aku sedih. Aku membayangkan markah pop kuiz aku esoknya.
“Mesti banyak yang kosong ni..” aku bermonolog sendirian. Hah,
satu sikap negatif aku yang sudah lama berlumut dalam diri. Pessimist
Aku terlelap begitu sahaja dek kerana penat yang melampau.
________________________________________________________________________________
Keesokannya..
Dalam dewan kuliah.
“waa...macam mana ni., tak revise pun subjek ni.. nak jawab
macam mana?”
“haih, tak boleh jadi ni, I need to do something” aku
bermonolog .
Aku gunakan masa keterlambatan lecturer 30minit masuk dewan itu untuk aku ulangkaji sedikit
sebanyak yang termampu. Rezeki namanya tu.
Tapi dalam hati aku, aku masih mengharapkan agar pop kuiz
itu tidak dilangsungkan hari ini.
Lecturer masuk. Berkecai harapan. Tanpa membuang masa lagi
lecturer terus edarkan kertas.
Tengok soalan. Allah! Langsung tak masuk apa yang aku
ulangkaji tadi. Sedikit terkilan.
Aku apa lagi. Redha, pasrah dan tawakkal sahaja yang mampu. Guna
pemahaman yang ada selama ini sahaja.
Tidak kisah lah dapat berapa pun, yang penting aku dah
usaha. Chill
Tiga soalan aku biarkan tidak terjawab. Memang aku tidak
tahu jawapannya. Yang lain aku agak-agak sahaja. Betul atau tidak aku serah
kepadaNya.
Seperti biasa, selepas selesai menjawab kami diminta untuk
memeriksa kertas jawapan kawan-kawan yang lain. Satu persatu kami tanda kertas
jawapan. Sambil memeriksa, aku cuba bandingkan jawapan aku tulis tadi dan didapati
jawapan yang aku tulis tu banyak yang betul. Aku ibarat tidak percaya.
“Dini, jangan perasan sangat kau banyak betul, syok sendiri
je tu” aku berkata dalam hati. Again. Pessimist perception. Huh
Then, tiba masa lecturer menanyakan markah-markah yang
student dapat. lecturer bertanya sesiapa yang mendapat highest mark in our
hall. And one of us raise her hand. She was mentioned my matric number. I am
very shocked. I am the only one.! Unbelievable.
Hanya ucapan Alhamdulillah yang aku mampu ucap disaat itu. Aku
terpinga. Manakah mungkin dalam lecture hall yang besar tu hanya aku yang
dipilih oleh ALLAH untuk mendapat nikmat ini? Sedangkan persediaan aku hanya
lah sedikit berbanding daripada sahabat-sahabat lain yang majoritinya tidak
terikat dengan mana-mana komitmen.
KehendakNya. Siapa aku untuk mempersoalkannya?.
Dari situasi itu aku mula mengerti bahawa memang benarlah
janji Allah dalam surah Muhammad ayat 47 yang berfirman “ Wahai orang-orang
yang beriman, jika kamu menolong agama ALLAH , nescaya ALLAH akan menolong kamu
dan menegakkan pendirian kamu”
Jadi, tidak perlu ditakutkan lagi jika diri terbeban dengan
tanggungjawab dakwah, ALLAH pasti akan mudahkan setiap urusan kita serta
menolong kita mengikut keperluan. Kita hanya perlu yakin sahaja dengan
janji-janjiNYA. Terima kasih ya ALLAH!