"jadilah kunang-kunang yang menerangi malam, walau dengan cahaya yang kecil,tetapi masih mampu menerangi kegelapan..bukan seperti kelkatu yang sepanjang hidupnya hanya mampu bergantung kepada cahaya lampu"
Saturday, 29 August 2015
Rindu
Rindu.
Tahun bergantian. Terdapat banyak sangat perbezaan kanak-kanak dulu dan sekarang. Aku mengatakan dari sudut pandang seseorang yang pernah melewati zaman hingusan di kampung. Aku bersyukur kerana ditakdirkan oleh Allah dibesarkan di kampung walaupun pernah setahun menjalani kehidupan di luar negeri.
Benar.
Aku amat merindui zaman kanak-kanakku. Walau ianya nampak agak nakal disisi orang dewasa. Normal. Itulah hakikatnya.
Dikampung aku dapat mengenal hidup bersosial. Bersosial kearah merapatkan ikatan persaudaraan. Tidak kiralah samaada persaudaraan anak beranak atau persaudaraan seagama.
Dikampungku yakni di depan rumah nenekku mempunyai sawah dan parit. Disitulah tempat kami bermain. Berlainan jantina tidak kami hiraukan kerna ketika itu masih hingusan, tidak kenal apa itu erti batasan pergaulan apatah lagi erti percintaan. Hidupku lebih tertumpu kepada sepupu-sepupu disebabkan kerana rumah-rumah kami berdekatan. Cukuplah hanya dengan sepupu-sepupu bagi menubuhkan satu 'team' untuk bermain.
Aktiviti parit yang selalu kami luangkan ialah menangkap ikan. Penapis-penapis buruk di sekitar rumah nenek kami selongkar. Kami redah sahaja untuk dijadikan alat tangkapan. Dicarinya cacing atau belalang sebagai umpan untuk ikan todak, ikan puyu, ikan haruan dan bermacam lagi. Dari yang kecil sehinggalaah yang besar. Mendapat tangkapan seolah memberi satu kemenangan pada kami yang harus dibanggakan. Ianya lagi menyeronokkan bilamana musim kemarau, dikala air parit sedikit surut.
Dikalanya kami melepak di pangkin bertentangan dengan parit di bawah rimbunan pohon manggis. Disaat petang yang tenang berselingan dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, kami berkongsi cerita sambil menjamu buah-buahan sebagai pelengkap. Dicicah dengan rojak yang dibuat sendiri. Alangkah bahagianya saat ini.
Tidak lupa juga dengan pak cik yang selalu menjual ais krim dengan motor tunggangannya. Pilih saja mahu beli yang mana, samaada roti atau kon? Semuanya ada. Itulah yang selalu menjadi keseronokkan pada kami kanak-kanak. Mulalah menanam tebu dibibir mulut dihadapan ayah dan ibu. Motifnya supaya diberikan sedikit wang untuk dilepaskan gian yang kian berasak.
Dihujung minggu, aku pernah menolong nenekku menjual siput. Ditolaknya bersama kereta sorong yang diisi dengan beberapa plastik siput yang ditimbang berat yang sekata. Dijaja mengelilingi kampung. Gembira melihat bilamana ada yang membeli. Sehingga jualan langsung habis. Penat lelah menjaja itu hilang dengan sendirinya. Itulah satu kepuasan bagi seorang penjual. Alhamdulillah.
Disaat matahari mula menghilang. ramai jiran-jiranku, sepupu-sepupu berkumpul dirumah nenek bagi menghadiri kelas mengaji yang diajar sendiri oleh nenekku. Ada yang masih membaca muqaddam, ada yang sudah beralih kepada Al-quran. Masing-masing berlumba untuk cepat beralih bacaan. Indahnya. Tapi ada juga kadang-kadang cuba untuk mengelat dek kerana desakan nafsu untuk bermain.
Begitulah pusingan hidup aku sebagai kanak-kanak yang tinggal dikampung dikala dulu. Semakin hari semakin pudar keseronokkan itu. Semakin hari semakin luntur kehidupan itu dek kerana masa yang membawanya pergi. Dek kerana hidup beralih kedunia moden. Rencah sudah berbeza. Mungkin masih ada kehidupan itu, tapi ianya sudah tidak sama. Zaman kini kanak-kanak tidak kenal bakat menangkap ikan, tidak mengetahui hidup bergaul. Diajar dengan teknologi yang tidak hanya menutup pintu bersosial zahiriah malah membentengi mereka hidup diatas kaki sendiri. Aku tidak memukul rata, tapi begitulah realiti.
Sungguh. Aku benar-benar merindui zaman itu. Tapi mana mungkin masa mudaku dikembalikan. Pepatah arab ada menyebut
'ليت الشباب يعود يوما
Subscribe to:
Comments (Atom)